Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MIS salur RM4.627 juta kepada 1,688 masjid, surau dan tanah perkuburan Islam berdaftar
  • TEMPATAN

MIS salur RM4.627 juta kepada 1,688 masjid, surau dan tanah perkuburan Islam berdaftar

Utusan Sarawak 5 hours ago
AMANAT…Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Majlis Islam Sarawak kepada Masjid, Surau dan Tanah Perkuburan Islam Tahun 2026/1447, hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) terus komited memelihara kebajikan serta kelangsungan institusi Islam di negeri ini dengan menyalurkan sumbangan berjumlah RM4.627 juta kepada 1,688 masjid, surau, dan tanah perkuburan Islam berdaftar bagi Tahun 2026/1447.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, penyaluran sumbangan itu selaras dengan Seksyen 46 Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001, yang memperuntukkan penggunaan wang Baitulmal, termasuk menyelenggara bagi tujuan membina dan me tempat ibadat serta tanah perkuburan orang Islam.

“Masjid dan surau bukan sekadar tempat ibadah, malah berperanan sebagai pusat pembangunan ummah yang membina ukhuwah Islamiah, menjadi medan pendidikan rohani serta pusat rujukan masyarakat,” katanya pada majlis Penyampaian Sumbangan Majlis Islam Sarawak kepada masjid, surau, dan tanah perkuburan Islam bagi Tahun 2026/1447 di sini, hari ini.

KENANGAN…Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Majlis Islam Sarawak kepada Masjid, Surau dan Tanah Perkuburan Islam Tahun 2026/1447, hari ini. Foto Norman B

Menurut beliau, sumbangan itu bertujuan membantu Jawatankuasa Pengurusan (JKP) masjid dan surau serta Jawatankuasa Pengurusan Tanah Perkuburan Islam (JKTPI) melaksanakan pengurusan, pentadbiran dan pengimarahan institusi Islam dengan lebih tersusun serta mematuhi peraturan ditetapkan.

Beliau menjelaskan, kadar sumbangan diagihkan mengikut gred bagi memastikan keadilan dan ketelusan, iaitu daripada RM1,000 hingga RM5,000 bergantung kepada kategori. Antaranya, Masjid Gred I (bahagian) menerima RM1,000, Masjid Gred II (daerah) RM2,000, Masjid Gred III (daerah kecil) RM3,000, manakala Masjid Gred IV (kariah) menerima RM5,000.

Bagi masjid tanpa skim dan surau awam, sumbangan sebanyak RM3,000 disalurkan, manakala masjid dan surau dalam premis menerima RM1,000.

Tanah Perkuburan Islam di bawah JKTPI pula menerima RM3,000, sementara Tanah Perkuburan Islam di bawah pihak berkuasa tempatan (LAK) menerima RM1,000.

“Kesemua sumbangan ini akan dikreditkan terus ke akaun masjid, surau dan tanah perkuburan Islam yang berdaftar serta diurus oleh jawatankuasa yang dilantik MIS bagi menjamin ketelusan dan integriti,” jelasnya.

Abdul Rahman turut menegaskan bahawa inisiatif tersebut selari dengan aspirasi Pelan Strategik Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) kerajaan Sarawak yang menekankan keseimbangan antara pembangunan fizikal, ekonomi dan nilai kerohanian.

Beliau pada masa sama menggesa pihak pengurusan masjid dan surau supaya mengurus dana yang diterima secara beramanah, berakauntabiliti serta mematuhi garis panduan MIS, selain memastikan keseragaman amalan bagi memelihara keharmonian umat Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengumumkan kadar Zakat Fitrah Sarawak bagi tahun 1447H/2026M ditetapkan sebanyak RM7.50 seorang.

Umat Islam diseru menunaikan zakat melalui saluran sah agar dapat membantu golongan asnaf serta menyemarakkan lagi makna sambutan Aidilfitri.

Secara keseluruhan, katanya, penyaluran sumbangan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dan MIS dalam memartabatkan syiar Islam di negeri ini, di samping menuntut tahap integriti dan tadbir urus yang tinggi daripada para pentadbir institusi Islam.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pendekatan komuniti perkukuh keselamatan rumah, hadapi kecemasan
Next: Jambatan Batang Igan dibuka sebelum Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.