Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pasukan Bravo BBP Lutong selamatkan kucing terperangkap di siling rumah
  • Utara
  • WILAYAH

Pasukan Bravo BBP Lutong selamatkan kucing terperangkap di siling rumah

Utusan Sarawak 5 hours ago
SELAMAT… Anggota bomba ketika naik ke atas siling untuk menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di atas siling sebuah rumah di Lot 3960, Lorong Desa Senadin 2C, awal pagi tadi.

MIRI: Tindakan pantas Pasukan Bravo dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong berjaya menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di atas siling sebuah rumah di Lot 3960, Lorong Desa Senadin 2C, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan BBP Lutong, Pusat Kawalan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 11.10 malam.

Susulan itu, sebuah jentera FRT Scania dengan kekuatan seorang pegawai penyelia, seorang pemandu dan tiga anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi diketuai oleh Penyelia PBK I (TBBK I) Iskandar dan jentera tiba di lokasi pada 11.20 malam.

KEADAAN kucing yang berjaya diturunkan oleh anggota bomba dari siling sebuah rumah awal pagi tadi.

“Hasil penilaian awal mendapati benar terdapat seekor kucing terperangkap di ruang siling rumah pelapor.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan kepada haiwan tersebut,” katanya.

Operasi berjaya dikawal dan diselesaikan sepenuhnya pada 11.40 malam.

Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan sepanjang operasi dan keadaan disahkan selamat.

Operasi ini membuktikan komitmen berterusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam memberikan khidmat khas kepada komuniti, termasuk melibatkan keselamatan haiwan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PKOD Marudi bantu hantar pesakit lelaki mengalami sakit pinggang
Next: Disiplin keselamatan isi rumah perlu diperkukuh kurangkan risiko kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.