Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tugas SPRM sita, kembalikan wang diseleweng
  • JENAYAH

Tugas SPRM sita, kembalikan wang diseleweng

Utusan Sarawak 8 hours ago
KETUA Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

PUTRAJAYA: Peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya menyita dan mendapatkan semula wang diseleweng, bukannya bertanggungjawab terhadap bagaimana wang itu disalurkan semula atau digunakan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata wang yang dirampas dan dilucut hak kepada kerajaan diuruskan Kementerian Kewangan (MOF). 

“Ringkasnya, tugas kami (SPRM) adalah merampas dan melucut hak wang itu kepada kerajaan di bawah MOF. 

“Bukan tanggungjawab kami untuk memastikan ke mana wang itu dibelanjakan,” katanya pada sidang media majlis penandatanganan Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan SPRM di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) Jais Abdul Karim yang menyeru SPRM dan kerajaan bersikap telus berhubung penggunaan RM8.5 bilion hasil haram.

“Yang penting bagi kami adalah mengembalikan wang yang dicuri daripada rakyat kembali kepada rakyat,” katanya.

Media baru-baru ini melaporkan MCW telah menggesa kerajaan mengeluarkan laporan awam secara berkala mengenai penggunaan wang rampasan, pemantauan bebas oleh Parlimen dan masyarakat sivil, selain tindakan tegas tanpa pilih kasih termasuk terhadap pegawai kanan dan golongan elit. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tukar warna elak ‘kantoi’, akhirnya dicekup polis di Marudi
Next: 11 pegawai agensi penguat kuasa direman bantu siasatan kes rasuah RM239,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.