Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • HIBURAN

Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENYANYI, Shila Amzah bercakap ketika sidang media sempena Konsert “Resonance: Shila Amzah In Harmony-25 Years of Music & Memories” yang bakal berlangsung pada 9 Mei depan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Selepas 25 tahun melakar nama dalam industri seni, Shila Amzah bakal menawan satu daripada pentas paling berprestij negara, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menerusi konsert solo yang disifatkan sebagai kemuncak perjalanan seninya.

Konsert berjudul Resonance: Shila Amzah In Harmony – 25 Years of Music & Memories itu dijadualkan berlangsung pada 9 Mei depan, bersempena dengan sambutan jubli perak penglibatan Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah dalam dunia muzik seawal usia 10 tahun. Pelantun lagu Patah Seribu itu berkata peluang mengadakan persembahan di DFP bukan sekadar pencapaian kerjaya, sebaliknya impian besar yang akhirnya menjadi kenyataan.  “Beraksi di DFP ini ialah mimpi setiap penyanyi dan pemuzik kerana akustiknya sangat berbeza berbanding venue lain. Ini antara pencapaian terbesar untuk diri saya sendiri secara peribadi,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.

Anak sulung kepada penyanyi veteran Datuk ND Lala itu turut menyifatkan konsert berkenaan amat istimewa kerana buat kali pertama beliau diberikan ruang sepenuhnya untuk berkarya mengikut visi sendiri.

“Dari segi persiapan, alhamdulillah ini kali pertama saya rasa benar-benar dapat berkarya daripada hati walaupun sifat ‘perfectionist’ yang ada dalam diri kadang-kadang menyukarkan kerja orang-orang sekeliling saya.

“Apabila berada di DFP, perasaan gementar itu memang ada. Lagi pula ini 25 tahun perjalanan saya, jadi saya mahu hasil persembahan yang membuatkan semua pihak berpuas hati,” katanya.

Daripada aspek kandungan persembahan, Shila berkata penonton yang hadir bakal disajikan dengan lebih 25 lagu, yang merangkumi keseluruhan perjalanan seninya, termasuk karya awal, lagu popular, seleksi Mandarin serta lagu terbaharu daripada album SA25.

“Ada lagu lama yang terpaksa disampaikan secara medley kerana permintaan peminat lama dan baharu. Saya juga akan menyanyikan lagu-lagu ketika zaman kanak-kanak, ketika awal-awal saya berada dalam industri,” katanya.

Juara Asian Wave 2012 itu berkata konsert berkenaan turut dibahagikan kepada beberapa segmen yang mencerminkan fasa berbeza dalam kehidupan dan kerjayanya.

“Apabila berada dalam konsert itu, penonton akan melalui momen nostalgik, rasa sedih, jatuh dan kemudian bangkit semula. Itulah perjalanan hidup saya,” katanya yang kini kerap berulang-alik antara Malaysia dan China.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga tidak menolak kemungkinan konsert berkenaan diperluas ke malam kedua sekiranya menerima sambutan luar biasa.

“Kami sudah bersedia dari segi mental dan fizikal, jika ada rezeki untuk menambah satu malam lagi,” katanya yang sudah memulakan latihan sejak tahun lepas.

Tiket konsert dijual pada harga bermula RM199 hingga RM649, boleh didapati menerusi kaunter Box Office DFP atau secara dalam talian. – Bernama

 

 

Continue Reading

Previous: Penyanyi The Voice Nigeria meninggal dunia dipatuk ular ketika tidur
Next: Bad Bunny cipta sejarah Grammy raih Album Terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.