Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tindakan pantas orang awam selamatkan Rumah Panjang Chabo dari kebakaran
  • KEBAKARAN

Tindakan pantas orang awam selamatkan Rumah Panjang Chabo dari kebakaran

Utusan Sarawak 4 hours ago
TINDAKAN pantas penduduk berjaya mengawal kebakaran sebelum ketibaan pasukan bomba di sebuah rumah panjang di Rumah Panjang Chabo, Ulu Sungai Salim hari ini. Foto JBPM Sarawak

SIBU: Tindakan pantas orang awam berjaya mengawal kebakaran kecil yang berlaku di sebuah rumah panjang di Rumah Panjang Chabo, Ulu Sungai Salim di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.01 petang sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan bahagian dapur rumah panjang dengan keluasan anggaran 10 x 10 kaki persegi.

“Kebakaran telah berjaya dipadamkan lebih awal oleh orang awam menggunakan pili air domestik sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pasukan bomba seterusnya menjalankan kerja-kerja pemeriksaan secara menyeluruh menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi memastikan api benar-benar padam dan keadaan selamat.

Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.15 petang dan ditamatkan pada 2.54 petang tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Oleh Tarani Lanting

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Nenek, cucu maut dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.