Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 10 projek mega jadi tumpuan, Meradong menuju pembangunan mampan
  • WILAYAH

10 projek mega jadi tumpuan, Meradong menuju pembangunan mampan

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan barisan kepimpinan SUPP Bintangor. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Pelaksanaan 10 projek mega berskala besar di Daerah Meradong dijangka mengubah landskap pembangunan bandar dan luar bandar, sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat serta merancakkan pertumbuhan sosioekonomi setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Meradong akan terus diterjemahkan melalui pelaksanaan projek pembangunan berimpak tinggi dengan sokongan padu kerajaan Sarawak.

“Sebanyak 10 projek mega telah dirancang dan bakal dilaksanakan di Daerah Meradong.

“Antara projek utama yang telah dan sedang dilaksanakan termasuk menaik taraf prasarana Taman Rekreasi Bintangor dengan kos RM4 juta bagi menyediakan kemudahan rekreasi yang lebih selesa dan selamat kepada orang ramai.

“Manakala, Kompleks Sukan Bintangor bernilai RM3.5 juta serta pembinaan pontoon Bintangor bernilai RM3 juta telah siap dilaksanakan sepenuhnya,” katanya ketika berucap di perhimpunan tahunan dan mobilisasi jentera SUPP Bintangor bertempat di salah sebuah restoran, semalam.

Kuong Hiing turut nemaklumkan bahawa beberapa projek mega lain sedang dirancang dan akan dilaksanakan secara berperingkat, termasuk projek di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) yang dijangka ditender mulai tahun ini.

“Antara projek tersebut adalah menaik taraf Tebingan Sungai Bintangor bernilai RM35 juta.

“Tender bagi projek ini dijangka dibuka pada awal tahun ini,” katanya.

Tambahnya, dewan serbaguna dua tingkat bernilai RM18 juta turut dirancang bagi memenuhi keperluan aktiviti komuniti, sosial dan penganjuran program berskala besar di kawasan Bintangor.

“Perancangan pembangunan infrastruktur turut melibatkan pembinaan laluan alternatif dari Jalan Kilang ke Jalan Janting dengan kos RM8 juta, pembinaan paip utama dari Jalan Kelupu ke Stesen Penggalak Tulai bernilai RM10 juta bagi memperkukuh sistem bekalan air dan naik taraf sistem retikulasi Bandar Bintangor melibatkan peruntukan sebanyak RM25 juta.

“Keseluruhan projek ini dirangka secara menyeluruh bagi meningkatkan kemudahan awam, memperkukuh jaringan jalan raya dan sistem utiliti, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat di Daerah Meradong,” katanya.

Selain itu, katanya, projek pembinaan jalan alternatif Bintangor–Sungai Tulai bernilai RM77 juta turut dirancang di bawah RADDA hasil permohonan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

“Kesemua projek ini dijangka akan meningkatkan kemudahan awam, merancakkan aktiviti komuniti serta memperkukuh jaringan infrastruktur di Daerah Meradong secara menyeluruh,” katanya lagi.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak yang juga Presiden SUPP, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Naib Pengerusi SUPP Bintangor, Chieng Boung Ong; Setiausaha SUPP Bintangor, Lau Sie Hing; Ketua Pergerakan Wanita SUPP Bintangor, Konselar Chieng Ming Kiong; Ketua Pergerakan Pemuda SUPP Bintangor, Ley Chee Hua.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ujian saringan dadah perkukuh integriti anggota BBP Bintangor
Next: Detik bersejarah Sambutan 100 tahun SK Saint Peter Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.