Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek RTP perkasa pembangunan Marudi
  • WILAYAH

Projek RTP perkasa pembangunan Marudi

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENERANGAN… Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil diberi penerangan oleh pihak kontraktor yang bertanggungjawab menaik taraf Dewan Suarah Marudi. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil, turun padang melawat pelaksanaan beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di sini, semalam.

Antara projek rakyat yang dilawati beliau ialah projek menaik taraf Dewan Suarah Marudi yang menelan kos RM2 juta, projek menaik taraf bangunan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kampung Pemindahan Fasa 1 dengan kos RM200,000 serta projek menaik taraf jalan masuk ke rumah-rumah di Kampung Narum, Marudi, yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM300,000.

Turut dilawati ialah projek sambungan bumbung pentas utama Tebingan Sungai Marudi serta kerja-kerja penaiktarafan kotak pengagihan elektrik dengan kos RM198,000, selain pembinaan Gereja BEM Sungai Arang di bawah peruntukan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) yang melibatkan kos pembinaan sebanyak RM250,000.

LAWATAN… Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil memantau proses projek sambungan bumbung pentas utama dan kerja-kerja penaiktarafan Dewan Suarah Marudi. Foto Jiku Juguong

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi turut menggesa Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) agar terus memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada pada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13) akan datang.

Menurut beliau, sokongan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat penting bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan demi masa depan generasi akan datang.

“Sudah terbukti kerajaan GPS telah banyak membantu rakyat di kawasan Marudi serta menyalurkan peruntukan yang besar melalui Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi pembangunan rakyat di kawasan ini,” katanya.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Taman Botani Sarawak diangkat sebagai nadi bandar rendah karbon Kuching
Next: RTP tingkat kualiti kemudahan pendidikan, rumah ibadat di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.