Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga pentadbiran tulang belakang pembangunan bahagian Miri – Lee Kim Shin
  • Utara
  • WILAYAH

Warga pentadbiran tulang belakang pembangunan bahagian Miri – Lee Kim Shin

Utusan Sarawak 11 hours ago
UNTUK ALBUM…Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin (duduk lima dari kanan) bersama tetamu kehormat yang lain merakamkan gambar kenangan pada Majlis Malam Penghargaan Kakitangan Pentadbiran Bahagian Miri 2026, malam tadi.

MIRI: Warga pentadbiran disifatkan sebagai tulang belakang kepada kelancaran urus tadbir dan pembangunan Bahagian Miri, kata Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin.

Menurut beliau, peranan kakitangan pentadbiran amat penting dalam memastikan setiap urusan kerajaan, program pembangunan serta kebajikan rakyat dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Malam Penghargaan Kakitangan Pentadbiran Bahagian Miri 2026 yang menghimpunkan lebih 260 kakitangan daripada semua daerah di Bahagian Miri, di sini malam tadi.

“Kita kuat kerana bersatu dan kita maju kerana saling menyokong antara satu sama lain. Malam ini kita bukan sekadar berkumpul, tetapi menghargai insan yang menjadi tunjang pentadbiran,” katanya.

Kim Shin turut merakamkan penghargaan atas komitmen menyeluruh kakitangan pentadbiran yang sentiasa memberi kerjasama dalam urusan pentadbiran, hal ehwal tempatan serta program melibatkan Kementerian Pengangkutan Sarawak.

“Kecekapan warga pentadbiran turut terserlah ketika Miri berdepan beberapa kejadian banjir kilat sepanjang 2025 apabila operasi menyelamat, pemindahan mangsa serta bantuan diselaras dengan pantas dan teratur.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta merakamkan penghargaan kepada kakitangan yang berpencen dan yang bertukar tempat bertugas.

Menurutnya, majlis seumpama itu bukan sekadar penyampaian anugerah, tetapi lambang penghargaan yang mampu menyuntik semangat serta komitmen untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: RTP DUN Meradong 2026: RM50,000 diluluskan atasi masalah perparitan Rumah Ikuok Bandin
Next: Lebih 800 sertai Larian dan Kayuhan Santai Tahun Baharu 2026 di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.