Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran rumah di Kampung Kemayau berjaya dikawal
  • KEBAKARAN

Kebakaran rumah di Kampung Kemayau berjaya dikawal

Utusan Sarawak 8 hours ago
KEBAKARAN... Rumah dua tingkat terlibat dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Kemayau, Kampung Kemayau, di sini, petang tadi. Foto BBP Serian

SERIAN: Rumah dua tingkat yang dibina daripada gabungan kayu dan konkrit terlibat dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Kemayau, Kampung Kemayau, di sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada 5.21 petang dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi kira-kira 4 kilometer dari balai.

Kebakaran melibatkan kabinet televisyen di ruang tengah rumah dengan anggaran kemusnahan sekitar lima peratus daripada keseluruhan struktur berkeluasan 50 kaki x 50 kaki.

Operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula serta sumber air daripada pam jentera.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 5.31 petang dan operasi ditamatkan pada 5.50 petang selepas kerja-kerja pembersihan menyeluruh dijalankan bagi memastikan tiada punca api dan asap.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Warga emas cedera akibat letupan kecil kebocoran gas LPG di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.