Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga cedera kemalangan tiga kenderaan di Jalan Bako
  • KEMALANGAN

Tiga cedera kemalangan tiga kenderaan di Jalan Bako

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA JBPM mengeluarkan mangsa yang cedera dari sebuah Perodua Kancil selepas terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Simpang Kampung Goebilt, Jalan Bako, Kuching. Foto JBPM

PETRA JAYA: Tiga individu dilaporkan cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di simpang Kampung Goebilt, Jalan Bako, di sini pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi,Suhardi Razali berkata, jentera bomba tiba di lokasi pada 9.57 pagi selepas menempuh jarak kira-kira 18 kilometer.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu Perodua Kancil, Hyundai dan Lexus. Tiga mangsa berada di dalam kenderaan Perodua Kancil melibatkan dua wanita dan seorang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang hadapan masih berada di dalam kenderaan ketika pasukan bomba tiba, manakala seorang lagi mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung (stretcher) dengan bantuan anggota Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

“Kedua-dua mangsa yang berjaya dikeluarkan diserahkan kepada ambulans PBSM untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Operasi kawalan di lokasi bermula pada 10.03 pagi dan tamat sepenuhnya pada 10.18 pagi selepas keadaan disahkan selamat sebelum jentera dan anggota bertolak balik ke balai.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut dalam kemalangan babitkan dua kereta
Next: Mayat ditemui terapung di Sungai Midin, Samariang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.