Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7.00 malam ini

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 7.00 malam ini.

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 3.20 petang ini memaklumkan ribut petir dijangka melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling di Selangor serta Kuala Lumpur.

Amaran itu turut melibatkan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak serta Cameron Highlands di Pahang.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya), manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).- Bernama

Internet berpagar diperluas ke premis awam, IPTS

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor merancang memperluas perkhidmatan ‘Internet berpagar’ ke premis awam

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,