Lebih 200 terkorban selepas lombong “coltan” runtuh di timur Congo

Facebook
WhatsApp
Sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh di timur Congo apabila lombong coltan buatan sendiri runtuh dan mencetuskan krisis kemanusiaan yang besar. Foto fail AGENSI

KINSHASA (Congo): Lebih 200 maut minggu ini dalam kejadian runtuhan di lombong “coltan” Rubaya di timur Republik Demokratik Congo, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM) yang memetik kenyataan pegawai tempatan pada Jumaat.

Kejadian runtuhan itu berlaku pada Rabu, manakala jumlah sebenar mangsa yang terkorban masih belum dapat dipastikan setakat petang Jumaat. Menurut pegawai, mangsa yang terlibat termasuk pelombong, kanak-kanak, dan wanita peniaga pasar. Beberapa mangsa berjaya diselamatkan dengan kecederaan parah, dan kira-kira 20 mangsa yang cedera kini menerima rawatan di kemudahan kesihatan.

Rubaya membekalkan kira-kira 15 peratus daripada pengeluaran “coltan” dunia, yang diproses menjadi tantalum – sejenis logam tahan haba yang mendapat permintaan tinggi daripada pengeluar telefon bimbit, komputer, komponen aeroangkasa, dan turbin gas. – Bernama-WAM