Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Laluan ketiga hubungkan Jambatan Sulaiman Daud–Jalan Segedup Maong dicadang atasi kesesakan lalu lintas di Matang
  • TEMPATAN

Laluan ketiga hubungkan Jambatan Sulaiman Daud–Jalan Segedup Maong dicadang atasi kesesakan lalu lintas di Matang

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ditemui media selepas menyampaikan sumbangan angpau Tahun Baharu Cina kepada penerima sempena Majlis Sumbangan Tahun Baharu Cina di Matang, hari ini. Foto Shikin Mahmud

KUCHING: Kerajaan sedang meneliti cadangan pembinaan laluan ketiga ke kawasan Matang sebagai langkah mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kian meningkat susulan pertumbuhan pembangunan di kawasan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, laluan baharu sepanjang kira-kira dua kilometer itu dicadang menghubungkan Jambatan Sulaiman Daud dengan Jalan Segedup Maong, sekali gus menambah kapasiti akses keluar masuk ke Matang.

Menurut beliau, keperluan laluan tambahan itu selari dengan kepesatan pembangunan setempat yang menuntut penyelesaian trafik lebih berkesan dan mampan.

“Jajaran yang dicadangkan berkemungkinan melibatkan pembinaan di bahagian dalam kawasan pesisir sungai, mengambil kira prinsip perancangan yang telah dipersetujui di peringkat kerajaan negeri, dengan laluan terus dari Jambatan Sulaiman Daud ke kawasan sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Sumbangan Tahun Baharu Cina di Matang, hari ini.

Dalam pada itu, beliau meminta pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) supaya meneroka pendekatan baharu yang lebih efektif bagi menangani isu kesesakan lalu lintas di Matang.

Katanya, cadangan pembinaan laluan ketiga tersebut telah dikemukakan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk pertimbangan selanjutnya.

Setakat ini, dua laluan utama yang menghubungkan kawasan Matang ialah Jalan Matang Lama dan Lebuhraya Pehin Sri Adenan Satem (FAC).

Terdahulu, beliau turut menyampaikan sumbangan angpau Tahun Baharu Cina kepada 150 penerima terdiri daripada golongan ibu tunggal dan warga emas.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wanita perlu ada pendapatan sendiri supaya tidak dipandang rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.