Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Emart Batu Kawa terus jadi hab komuniti melalui Golden Paradise Street 2026
  • TEMPATAN

Emart Batu Kawa terus jadi hab komuniti melalui Golden Paradise Street 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
KENANGAN… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan ketika simbolik perasmian ‘Golden Paradise Street 2026’ bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di Emart Batu Kawa, hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Emart Batu Kawa terus mengukuhkan peranannya sebagai pusat komuniti setempat apabila menganjurkan Majlis Perasmian ‘Golden Paradise Street 2026‘ bersempena sambutan Tahun Baharu Cina, yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh harmoni, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, yang turut menyifatkan penganjuran program berkenaan sebagai manifestasi semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

SANTUNI… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika menyantuni para peniaga di reruai ‘Golden Paradise Street 2026‘ bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di Emart Batu Kawa, hari ini. Foto Norman B

‘Golden Paradise Street 2026’ yang merupakan acara tahunan anjuran Emart Batu Kawa menampilkan pelbagai reruai jualan termasuk kuih-muih tradisional, pelbagai jenis kek daripada pelbagai kaum, hamper, minuman serta barangan perayaan khas sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026.

Program tersebut bukan sahaja memeriahkan suasana perayaan, malah berperanan sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat, selain memelihara tradisi serta budaya pelbagai kaum.

Dalam ucapannya, Dr Sim merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Emart Batu Kawa atas komitmen berterusan dalam menganjurkan aktiviti perayaan yang membawa nilai kegembiraan, perpaduan dan keberkatan kepada masyarakat.

Beliau turut menegaskan bahawa penglibatan masyarakat daripada pelbagai kaum dalam penganjuran ‘Golden Paradise Street 2026’ jelas mencerminkan semangat muhibah dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat Sarawak.

SANTUNI… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika menyantuni para peniaga di reruai ‘Golden Paradise Street 2026’ bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di Emart Batu Kawa, hari ini. Foto Norman B

Penghargaan turut diberikan kepada Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Tan Kai; Ketua Pegawai Operasi Emart Group of Companies, Phang Kang Wai; Ketua Hartanah Kumpulan, Lee Leong Peng, serta wakil Grandee Marketing Sdn Bhd, Aaron, dan Chong Wei Ting dari My Hamper, selain pasukan pengurusan Emart yang menjadi tulang belakang kejayaan acara tersebut.

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja utama, Grandee Marketing Sdn Bhd dan My Hamper, atas sokongan berterusan dalam menjayakan program berkenaan.

Selain berfungsi sebagai pasar raya, Emart Batu Kawa terus memainkan peranan penting sebagai pemangkin ekonomi setempat melalui penyediaan peluang pekerjaan serta sokongan kepada usahawan dan perniagaan tempatan.

Majlis berkenaan diakhiri dengan harapan agar sambutan Tahun Baharu Cina diraikan dalam suasana penuh kesyukuran, kegembiraan dan semangat kebersamaan, sekali gus mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kompleks sukan bernilai RM20 juta bakal dibina di Lingga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.