Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Insitut Dakwah Islamiah PERKIM lahirkan pendakwah berilmu, berwibawa- Premier Sarawak
  • PENDIDIKAN

Insitut Dakwah Islamiah PERKIM lahirkan pendakwah berilmu, berwibawa- Premier Sarawak

Utusan Sarawak 4 weeks ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Kali ke-29 Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) di Dewan Kompleks Islam Jubli Perak (KIJP), Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu, hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

KOTA BHARU: Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) terus berperanan sebagai platform penting dalam melahirkan pendakwah berilmu, berakhlak dan berwibawa bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam masa kini, kata Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Kali ke-29 Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) di Dewan Kompleks Islam Jubli Perak (KIJP), Sultan Ismail Petra, Panji di sini hari ini.

Menurut beliau, majlis berkenaan bukan sekadar acara penyampaian sijil, sebaliknya menjadi simbol pengiktirafan terhadap usaha gigih para pelajar yang menamatkan pengajian dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam, selain menandakan permulaan fasa baharu dalam kehidupan mereka.

“Sijil yang diterima hari ini bukan noktah, tetapi permulaan kepada satu perjalanan yang lebih besar. Para graduan perlu terus menimba ilmu, memperkukuh kemahiran dan menjadikan ilmu sebagai panduan berkhidmat kepada agama serta masyarakat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan lawatan itu merupakan lawatan pertamanya ke IDIP Kota Bharu selaku Yang Dipertua PERKIM, yang diharap dapat memperkukuh ukhuwah serta membuka ruang kerjasama dan idea baharu dalam memperkasa institusi berkenaan.

Dalam pada itu, Abang Johari merakamkan penghargaan kepada para pensyarah, kakitangan institut dan ahli keluarga pelajar atas sokongan berterusan, termasuk ibu bapa bukan Islam yang hadir memberi dorongan kepada anak-anak mereka.

Mengulas peranan IDIP, beliau berkata institut berkenaan telah membuktikan keupayaannya melahirkan pendakwah yang bukan sahaja menguasai ilmu, malah memiliki kepimpinan serta kemahiran profesional, di samping aktif menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK).

Beliau turut menyambut baik perancangan akademik masa hadapan, termasuk penubuhan Pusat Pengajian Islam MAIK (Program Pra-IDIP) di Lojing, Gua Musang, yang disifatkan sebagai langkah positif dalam memperluas akses pendidikan Islam.

Continue Reading

Previous: Sarawak mantapkan strategi bakat, aeroangkasa industri masa depan
Next: Permohonan pengambilan 20,000 guru DG9 dibuka Mac – KPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.