Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sembilan ditahan, dadah bernilai RM670 dirampas dalam Ops Tapis Khas di Limbang
  • JENAYAH

Sembilan ditahan, dadah bernilai RM670 dirampas dalam Ops Tapis Khas di Limbang

Utusan Sarawak 4 weeks ago
SEMBILAN DICEKUP…Ops Tapis Khas di Limbang berjaya menahan sembilan suspek kes penyalahgunaan dadah.

LIMBANG: Sembilan individu termasuk seorang lelaki warga Indonesia antara yang ditahan dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan di sekitar bandar ini bermula Ahad hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, kesemua suspek ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam operasi selama tiga hari itu.

Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Limbang turut merampas 6.70 gram methamphetamine bernilai sekitar RM670.

“Jumlah dadah yang dirampas ini dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 34 penagih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua tangkapan akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 serta Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Parum menjelaskan, kejayaan operasi berkenaan adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran, pemilikan, penyalahgunaan atau perlindungan kegiatan dadah kerana ia merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang,” katanya.

Beliau menegaskan BSJN Limbang komited dalam usaha memerangi jenayah dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang, sambil menyifatkan dadah sebagai musuh nombor satu negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang di talian 085-211466 atau hotline 24 jam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak di 017-5929211, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan disyaki terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah
Next: Polis Serian tumpaskan aktiviti dadah, 11 kes penyalahgunaan direkod

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.