
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh pada Rabu, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM37.21 bilion manakala dalam sistem Islam berjumlah RM23.33 bilion.
Hari ini, BNM akan menawarkan satu tender repo berbalik bernilai RM500 juta bagi tempoh tujuh hari serta dua tender repo berbalik Islam masing-masing melibatkan tender RM500 juta untuk tujuh hari dan tender RM300 juta bagi 90 hari.
Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh matang satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional RM37.7 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM24.1 bilion.- Bernama