Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tun Dr Mahathir masih dirawat di IJN, keluar seketika untuk “outing” hari ini
  • NASIONAL

Tun Dr Mahathir masih dirawat di IJN, keluar seketika untuk “outing” hari ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
TUN Dr Mahathir Mohamad ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, ketika “outing” singkat ke sebuah kafe di Pavilion, Bukit Damansara dengan pemantauan pegawai perubatan IJN. Foto Facebook Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini dibawa keluar seketika untuk “outing” ke sebuah kafe di pusat beli belah Pavilion, Bukit Damansara.

Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff berkata Dr Mahathir dibawa keluar oleh pegawai perubatan IJN ke kafe itu dengan ditemani isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif IJN Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib dan menghabiskan masa selama 40 minit di situ.

“Tun Dr Mahathir memilih untuk menikmati segelas “ice chocolate” bagi “outing” pertamanya sejak dimasukkan ke IJN pada 6 Januari untuk rawatan dan pemulihan selepas terjatuh di kediamannya di The Mines, yang mengakibatkan tulang pinggul kanan beliau patah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sufi berkata Dr Mahathir kemudian dibawa semula ke IJN untuk terus menerima rawatan di institut perubatan itu dan masih belum dibenarkan pulang ke rumah.

Beliau berkata lawatan juga masih lagi terhad kepada keluarga terdekat sahaja.

Pemimpin berusia 100 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 6 Januari lepas selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, dekat sini dan disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Permohonan Anwar batal saman Pemula Waytha Moorthy didengar 25 Februari ini
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat di Sarawak, Sabah hingga 9.00 malam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.