Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia terima tiga jet pejuang pertama Rafale
  • GLOBAL

Indonesia terima tiga jet pejuang pertama Rafale

Utusan Sarawak 5 hours ago
PESAWAT pejuang Rafale B Indonesia. Foto Swidersk Maciejka

JAKARTA:  Tiga jet pejuang Rafale buatan Perancis telah mendarat di Indonesia, menandakan kumpulan pertama di bawah perjanjian perolehan 42 pesawat yang ditandatangani pada 2022.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Brigedier Jeneral Rico Ricardo Sirait berkata tiga jet itu, yang dibina pengeluar aeroangkasa Perancis Dassault Aviation, diserahkan kepada Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) pada Jumaat lalu di Pangkalan Udara Roesmin Nurjadin di Pekanbaru, Sumatera.

“Ketiga-tiga jet itu kini sedia dioperasikan oleh TNI AU,” katanya, menurut Agensi Berita ANTARA pada Selasa.

Beliau berkata majlis penyerahan rasmi jet itu yang dijangka dihadiri Presiden Prabowo Subianto, akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Indonesia menandatangani perjanjian dengan Dassault Aviation pada Februari 2022 untuk memperoleh 42 pesawat pejuang Rafale di bawah program perolehan pertahanan utama, dengan kontrak distrukturkan dalam tiga tranche.

Tranche pertama membabitkan enam jet mula berkuat kuasa pada September 2022, diikuti tranche kedua melibatkan 18 pesawat pada Ogos 2023, manakala tranche terakhir 18 jet berkuat kuasa pada 8 Januari 2024.

Namun, Rico tidak memperincikan garis masa ketibaan kumpulan kedua dan ketiga.

Dassault Aviation berkata perolehan TNI AU itu merangkumi penyelesaian siap guna lengkap, termasuk pakej komprehensif meliputi latihan kru udara, sokongan logistik bagi beberapa pangkalan udara Indonesia, serta pusat latihan dengan dua simulator misi penuh. – Bernama

Continue Reading

Previous: Feri tenggelam, 18 terbunuh, 10 hilang di Selatan Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.