Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Feri tenggelam, 18 terbunuh, 10 hilang di Selatan Filipina
  • GLOBAL

Feri tenggelam, 18 terbunuh, 10 hilang di Selatan Filipina

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR tangkap skrin daripada rakaman video yang diambil dan diterima pada 26 Januari 2026 daripada Gabenor Mujiv Hataman menunjukkan pasukan penyelamat membantu mangsa terselamat daripada kapal feri MV Trisha Kerstin 3 yang tenggelam di sebuah pelabuhan di Isabela, wilayah Basilan. Foto AFP

MANILA: Sebuah kapal feri yang membawa lebih 340 penumpang tenggelam semalam di selatan Filipina, mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang dan meninggalkan 10 lagi hilang, menurut pihak pengawal pantai.

Usaha mencari dan menyelamat dijangka diteruskan sepanjang malam, kata jurucakap Pengawal Pantai Filipina, Noemie Cayabyab, sambil menambah bahawa jumlah penumpang disemak kepada 344 kerana beberapa nama dalam manifest kapal tidak menaiki kapal itu.

GAMBAR tangkap skrin daripada rakaman video yang diambil semalam menunjukkan pasukan penyelamat membantu mangsa terselamat daripada kapal feri MV Trisha Kerstin 3 yang tenggelam di sebuah pelabuhan di Isabela, wilayah Basilan. Foto AFP

MV Trisha Kerstin 3 menghantar isyarat kecemasan sekitar 1.50 pagi (1750 GMT Ahad), lebih empat jam selepas berlepas dari Pelabuhan Zamboanga City di barat daya Mindanao, menurut kenyataan pengawal pantai.

Video yang dikeluarkan oleh gabenor wilayah Basilan menunjukkan mangsa terselamat, berkaki ayam, dibalut selimut dan diletakkan di atas kerusi pengusung, manakala mangsa yang terkorban dibawa menggunakan beg mayat.

Kapal tiga tingkat itu tenggelam hampir di laluan yang sama yang mana 31 maut pada 2023 selepas kebakaran di atas kapal feri Lady Mary Joy 3.

FOTO ini diambil dan diterima pada 26 Januari 2026 dengan izin Aquino Sajili, seorang peguam yang berpangkalan di Zamboanga City, Mindanao. Foto tersebut menunjukkan Sajili mengambil gambar selfie bersama mangsa terselamat lain daripada kapal feri MV Trisha Kerstin 3. Foto AFP

Kedua-dua kapal dimiliki oleh Aleson Shipping Lines yang berpusat di Filipina. Sheryl Balondo, seorang penyelamat di Isabela City, salah satu daripada dua kawasan yang mana mangsa dibawa berkata pejabat mereka menerima lebih 100 panggilan daripada ahli keluarga yang bimbang.

“Kami berasa pilu setiap kali menerima panggilan. Suara mereka kedengaran risau,” katanya. “Setakat ini, senarai akhir masih belum tersedia kerana operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.”

Kapal feri sepanjang 44 meter itu karam kira-kira lima kilometer (tiga batu) di timur Pulau Baluk-Baluk, sebahagian daripada gugusan pulau di wilayah Basilan berhampiran Semenanjung Zamboanga.

“Berdasarkan cerita beberapa mangsa terselamat, keadaan laut di kawasan itu bergelora pada masa itu,” kata Cayabyab dalam temu bual televisyen.

Namun, sekurang-kurangnya dua mangsa terselamat menafikan dakwaan tersebut, berkata laut tenang ketika kapal terbalik.

“Saya harap mereka menyiasat perkara ini kerana cuaca tidak buruk. Kenapa ia tenggelam apabila tiada ribut?” soal Jun Guro, seorang peguam, dalam temu bual yang disiarkan kerajaan Isabela City di Basilan. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Jumlah kematian meningkat akibat ribut musim sejuk ekstrem di AS  
Next: Indonesia terima tiga jet pejuang pertama Rafale

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.