Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir: 37 mangsa masih berlindung di Samarahan
  • TEMPATAN

Banjir: 37 mangsa masih berlindung di Samarahan

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUCHING: Sebanyak 37 mangsa banjir daripada sembilan keluarga dari Kampung Serunyuk masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak, setakat pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan kesemua mereka ditempatkan di PPS Bangunan Masjid Lama, Kampung Seruyuk di Bahagian Samarahan yang dibuka semalam.

“Jumlah mangsa banjir terkini menunjukkan peningkatan sedikit, berbanding 25 mangsa daripada lapan keluarga semalam,” menurut kenyataan itu.

Banjir kali ini ialah gelombang kedua yang melanda Sarawak, selepas situasi sebelum ini pulih sepenuhnya pada 17 Januari lepas.  – Bernama

Continue Reading

Previous: APM Saratok perkasa kesiapsiagaan anggota, fokus empat silibus utama penyelamatan
Next: Wilfred Yap salur RM8,500 MRP kepada Klinik Kesihatan Kota Sentosa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.