Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kemeriahan musim durian satukan komuniti setempat
  • WILAYAH

Kemeriahan musim durian satukan komuniti setempat

Utusan Sarawak 6 hours ago
 KENANGAN manis Chiew Choon Man bersama masyarakat setempat di suasana kemeriahan dan kebersamaan jelas dirasai di tapak jualan durian Emart Tudan, semalam.

MIRI: Musim durian yang kian menghampiri penghujungnya terus mencipta kenangan manis apabila suasana kemeriahan dan kebersamaan jelas dirasai di tapak jualan durian Emart Tudan, di sini, semalam.

Kunjungan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man ke tapak jualan itu bukan sekadar untuk menikmati keenakan raja buah, malah untuk merasai sendiri semangat dan sokongan padu masyarakat terhadap peniaga tempatan yang giat berniaga sepanjang musim ini.

Beliau yang berkongsikan pengalaman itu menceritakan, beberapa durian dibeli dan dinikmati bersama orang ramai, menjadikan suasana lebih mesra dan penuh gelak tawa.

Beliau yang merangkap Ahli Parlimen Miri berkata, kemanisan durian yang dirasai bukan hanya terletak pada isinya, tetapi pada nilai kebersamaan yang terjalin apabila masyarakat duduk bersila, berkongsi makanan dan berinteraksi tanpa mengira latar belakang.

“Perkara kecil seperti ini yang menjadikan Miri terasa seperti rumah besar untuk kita semua, tempat kita saling menyokong, berkongsi rezeki dan menjaga keharmonian bersama,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua yang sudi berkongsi masa, senyuman dan rezeki, sambil berharap detik kebersamaan seperti ini akan terus menjadi budaya dalam kalangan komuniti setempat.

“Semoga hubungan silaturahim ini berterusan. Insya-Allah, ada masa kita ngopi lagi di lain hari,” tambahnya.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Henry Sum puji kepimpinan turun padang Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
Next: Punca gangguan bekalan air di Stumbin dan Tanjung Bijat dikenal pasti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.