Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Henry Sum puji kepimpinan turun padang Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Henry Sum puji kepimpinan turun padang Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
BERTUKAR PANDANGAN…Henry Sum(dua dari kiri) kelihatan berkongsi pandangan mengenai bangunan Pusat Pentadbiran Lawas kepada Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki,

LAWAS: Pendekatan turun padang Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, bagi meninjau pelaksanaan projek pembangunan di daerah ini wajar dijadikan teladan oleh pegawai di peringkat daerah.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, berkata beliau menghargai dan memuji kesediaan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak untuk turun padang bagi melihat sendiri keperluan serta kekangan yang dihadapi penjawat awam negeri di Lawas.

“Inilah bentuk kepimpinan yang wajar kita contohi, apabila sanggup turun padang walaupun pada hujung minggu untuk melihat sendiri keadaan di lapangan.

TAKLIMAT PEMBANGUNAN…Henry Sum Agong (dua dari kiri), Mohamad Abu Bakar (dua dari kanan) dan Yunus ketika mendengar taklimat mengenai projek IAC Lawas.

“Pendekatan ini seharusnya menjadi budaya kerja semua ketua jabatan negeri di Lawas khususnya, dan di seluruh Sarawak amnya, supaya mereka dapat memahami serta menilai sendiri keperluan sebenar di lapangan,” katanya ketika ditemui selepas menyertai lawatan Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki di pekan Trusan, hari ini.

Henry Sum berkata, beberapa perkara berkaitan keperluan perkhidmatan awam turut dibincangkan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak sepanjang lawatan tersebut.

Dalam pada itu, beliau menggesa semua ketua jabatan di peringkat Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan agar memperkukuh kerjasama demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat.

“Memang terdapat kelemahan dan teguran yang perlu diberi, namun perkara itu bertujuan untuk saling mengingatkan tentang amanah dan tanggungjawab yang kita pikul bersama,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: URDA perkasa pembangunan sosioekonomi bantu tingkatkan pendapatan rakyat Song
Next: Kemeriahan musim durian satukan komuniti setempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.