Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • RPN 2026-2035: Silibus Tabika, Tadika KEMAS diselaras untuk kanak-kanak 3 dan 4 tahun
  • PENDIDIKAN

RPN 2026-2035: Silibus Tabika, Tadika KEMAS diselaras untuk kanak-kanak 3 dan 4 tahun

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir bagi menyempurnakan Majlis Pecah Tanah QL Innofood Park di Hutan Melintang hari ini. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad (kanan) dan Pengerusi Eksekutif QL Resources Berhad, Dr Chia Song Kun (dua, kanan). Foto Bernama

BAGAN DATUK: Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan terus mendidik kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun selaras Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata silibus tabika dan tadika Kemas, termasuk tadika perpaduan, akan diselaras dan diubah suai bagi memastikan kesinambungan ke kelas prasekolah untuk kanak-kanak lima tahun di bawah Kementerian Pendidikan.

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Pecah Tanah QL Innofood Park di Hutan Melintang hari ini. Foto Bernama

“Mesyuarat Kabinet Jumaat lalu memutuskan prasekolah diselaraskan di bawah Kementerian Pendidikan, di mana kanak-kanak berumur lima tahun diwajibkan mengikuti kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah lain di bawah kementerian,” katanya kepada media selepas merasmikan pecah tanah syarikat QL Inno Food Parks Bagan Datuk di sini hari ini.

Ahmad Zahid menegaskan Kemas akan meneruskan kelas sedia ada, dengan kurikulum yang disesuaikan mengikut acuan semasa, selaras langkah penyelarasan pendidikan prasekolah.

Pada 19 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kanak-kanak berusia enam tahun boleh didaftarkan ke Tahun Satu mulai sesi persekolahan 2027, melalui pelancaran RPN 2026-2035.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pendidikan awal di bawah Kemas akan terus dipersiapkan secara teliti kerana institusi ini berperanan sebagai feeder classes (kelas persediaan) untuk kelas prasekolah lima tahun di bawah Kementerian Pendidikan.

-Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Jangan hanya lihat aspek negatif pelaksanaan Tahun 1 pada usia 6 tahun – PM Anwar
Next: Sistem solar hibrid beri bekalan elektrik 24 jam, mudahkan pembelajaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.