Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pemain Liverpool keletihan punca kalah, kata Slot
  • SUKAN

Pemain Liverpool keletihan punca kalah, kata Slot

Utusan Sarawak 9 hours ago

Arne Slot menyalahkan jadual padat dan kekurangan pemain sebagai punca Liverpool kehabisan tenaga. Foto AFP

LIVERPOOL: Jurulatih Liverpool, Arne Slot menyalahkan keletihan sebagai punca kekalahan pertama pasukannya dalam 14 perlawanan selepas Bournemouth meraih kemenangan dramatik 3-2 menerusi jaringan saat akhir Amine Adli, awal pagi tadi.

Slot sebelum ini berjaya menstabilkan prestasi The Reds selepas melalui fasa sukar dengan sembilan kekalahan dalam 12 perlawanan awal musim. 

Namun, Liverpool kini gagal mencatat kemenangan dalam lima aksi terakhir Liga Perdana Inggeris, sekali gus memberi tamparan hebat kepada misi layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Sebaliknya di pentas Eropah, Liverpool mencatat keputusan memberangsangkan apabila membelasah Marseille 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara, Rabu lalu. 

Slot bagaimanapun mengakui jadual padat serta kekangan pemain akibat kecederaan menyebabkan pasukannya kehabisan tenaga.

Pelawat bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menyamakan kedudukan 2-2 hasil jaringan Virgil van Dijk dan Dominik Szoboszlai pada 10 minit terakhir perlawanan. 

Namun, Bournemouth yang mensia-siakan dua peluang keemasan akhirnya memastikan kemenangan menerusi jaringan Adli pada minit ke-95.

“Mereka sebenarnya mempunyai lebih banyak peluang berbanding kami pada 10 minit terakhir dan itu tidak mengejutkan saya kerana kami baru beraksi dua hari lalu di Marseille.

“Untuk empat, lima, enam hingga 10 perlawanan terakhir, kami terpaksa menggunakan pemain yang sama kerana kekangan pilihan. Ada pemain yang jelas keletihan pada penghujung perlawanan dan itulah yang berlaku hari ini,” kata Slot.

Masalah Liverpool bertambah buruk apabila Joe Gomez terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan, memaksa The Reds beraksi dengan 10 pemain ketika gol kedua Bournemouth dijaringkan. 

Wataru Endo terpaksa mengisi posisi pertahanan tengah berikutan ketiadaan Ibrahima Konate yang bercuti atas urusan keluarga serta Giovanni Leoni yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan ligamen.

Slot turut memasukkan Andy Robertson pada separuh masa kedua di sebalik spekulasi pemain itu bakal berhijrah ke Tottenham. Robertson hanya berbaki enam bulan kontrak dan dilaporkan mahukan lebih banyak minit permainan.

“Saya perlukan semua pemain. Robertson terpaksa dimasukkan kerana saya tahu Milos tidak mampu bermain 90 minit penuh menentang Bournemouth yang sangat intens.

“Kami masih ada banyak perlawanan dan saya perlu menguruskan pemain sebaik mungkin kerana perkara terakhir yang kami perlukan sekarang adalah kecederaan baharu,” katanya. – AFP

Continue Reading

Previous: Guardiola dakwa kejayaan Man City ‘walaupun’ keputusan pengadil
Next: Miri tuan rumah Kejohanan Tinju Antarabangsa Sarawak 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.