Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bournemouth tamatkan rekod tanpa kalah Liverpool, tekanan ke atas Slot makin memuncak
  • SUKAN

Bournemouth tamatkan rekod tanpa kalah Liverpool, tekanan ke atas Slot makin memuncak

Utusan Sarawak 9 hours ago

LIVERPOOL terpaksa terima kekalahan perit kepada Bournemouth. - Foto AFP

BOURNEMOUTH: Bournemouth menamatkan rekod 13 perlawanan tanpa kalah Liverpool selepas jaringan dramatik minit ke-95 oleh Amine Adli menghadiahkan kemenangan mendebarkan 3-2 kepada tuan rumah pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Gol daripada Evanilson dan Alex Jimenez meletakkan Bournemouth dalam kedudukan selesa, namun Liverpool bangkit menyamakan kedudukan menerusi Virgil van Dijk dan Dominik Szoboszlai.

Bagaimanapun, Bournemouth meraih kemenangan hanya kali kedua dalam 15 perlawanan apabila Adli meledak gol kemenangan dengan sepakan terakhir perlawanan.

Kekalahan itu dijangka meningkatkan tekanan terhadap pengurus Liverpool, Arne Slot, dengan The Reds berisiko terkeluar daripada kelompok empat teratas liga selepas semua perlawanan hujung minggu ini selesai.

Pengurus Liverpool, Arne Slot. Foto AFP

Slot, yang membawa Liverpool menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu, sebelum ini berjaya menstabilkan pasukan selepas melalui detik sukar dengan sembilan kekalahan dalam 12 perlawanan awal musim.

Namun, pengendali dari Belanda itu tetap dikritik susulan prestasi hambar Liverpool, termasuk ketika tempoh tanpa kalah, dan kini pasukan itu gagal menang dalam lima perlawanan liga berturut-turut.

Liverpool hadir dengan keyakinan selepas membelasah Marseille 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu, tetapi sekali lagi bergelut apabila berdepan pertahanan ampuh Liga Perdana Inggeris, selain dihukum akibat dua kesilapan pertahanan dalam tempoh tujuh minit pada babak pertama.

Van Dijk dilihat terlalu selamba ketika cuba menguis bola hantaran Marcos Senesi, sebelum Alex Scott merampas peluang dan melakukan hantaran lintang untuk Evanilson menyudahkan jaringan.

Dalam cubaan menghalang gol tersebut, Joe Gomez mengalami kecederaan sekali gus menambah masalah kecederaan Liverpool di posisi pertahanan tengah.

Liverpool bermain dengan 10 pemain ketika Wataru Endo bersedia menggantikan Gomez, dan Bournemouth mengambil kesempatan menggandakan kelebihan.

Milos Kerkez gagal mengawal pergerakan lawan sekembalinya ke Stadium Vitality, membolehkan Jimenez menyelinap masuk dan menjaringkan gol pertamanya bersama Bournemouth.

Van Dijk menebus kesilapannya apabila menanduk masuk sepakan penjuru Szoboszlai untuk menghidupkan peluang kebangkitan Liverpool.

Ganjaran sikap menyerang

Andy Robertson dimasukkan pada separuh masa kedua menggantikan Kerkez, meskipun dikaitkan dengan perpindahan ke Tottenham menjelang penutupan jendela perpindahan.

Liverpool menguasai permainan pada babak kedua, namun hanya menemui gol penyamaan menerusi rembatan Szoboszlai yang mencetuskan penamat dramatik.

Penjaga gol Alisson Becker tampil cemerlang menafikan percubaan Ryan Christie sejurus selepas sepak mula, sebelum Evanilson mensia-siakan peluang keemasan apabila rembatannya tersasar dengan hanya Alisson di hadapan.

Bournemouth hampir dihukum apabila penjaga gol Djordje Petrovic menyelamatkan percubaan Florian Wirtz, namun skuad kendalian Andoni Iraola akhirnya mendapat ganjaran atas keberanian memburu kemenangan.

Adli memastikan tiga mata menjadi milik tuan rumah apabila melepaskan rembatan dari sudut sempit selepas Liverpool gagal mengeluarkan bola hasil lontaran jauh.

Kemenangan itu melonjakkan Bournemouth ke tangga ke-13 liga, sekali gus melebarkan jurang kepada 10 mata daripada zon penyingkiran. — AFP

Continue Reading

Previous: Kuching City FC bangkit tewaskan Penang FC, mara ke suku akhir Piala Malaysia
Next: Guardiola dakwa kejayaan Man City ‘walaupun’ keputusan pengadil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.