Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran longgokan sampah dalam bangunan kosong di Jalan Tambatan
  • KEBAKARAN

Kebakaran longgokan sampah dalam bangunan kosong di Jalan Tambatan

Utusan Sarawak 17 hours ago
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran longgokan sampah di bangunan kosong di Jalan Tambatan, Kuching, malam ini. Foto BBP Tabuan Jaya

KUCHING: Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berjaya memadamkan kebakaran melibatkan longgokan sampah di dalam bangunan kosong di Jalan Tambatan, bersebelahan Jabatan Perikanan Malaysia, di sini, malam ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 6.55 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada 7.04 malam, kira-kira lapan kilometer dari balai.

Komander Operasi, PBK I Said Muhammad Imran Sahul Hamid, berkata kebakaran melibatkan longgokan sampah di dalam bangunan kosong berkeluasan kira-kira 20 x 20 kaki persegi.

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran longgokan sampah di bangunan kosong di Jalan Tambatan, Kuching, malam ini. Foto BBP Tabuan Jaya

“Pasukan bomba bertindak melaksanakan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari pam jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, kebakaran berjaya dikawal pada 7.10 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.30 malam selepas pemantauan menyeluruh dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api atau risiko kebakaran berulang.

Seramai lapan anggota dengan sebuah jentera FRT terlibat dalam operasi tersebut. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran rumah di Kampung Bintawa Hilir berjaya dikawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.