Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Nanta cadangkan Lidam dicalonkan semula pada PRN13 yang akan datang
  • TEMPATAN

Nanta cadangkan Lidam dicalonkan semula pada PRN13 yang akan datang

Utusan Sarawak 6 hours ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan.

SONG: Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Alexander Nanta Linggi mencadangkan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13) yang akan datang.

Menteri Kerja Raya itu berkata, beliau tidak bermaksud untuk membelakangkan Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mencadangkan Lidam sebagai calon.

“Semenjak menjadi wakil rakyat di sini, beliau telah melaksanakan pelbagai pembaharuan. Kita tidak lihat ada orang lain lagi jadi saya mewakili masyarakat mencadangkan Lidam untuk dicalonkan semula untuk PRN itu nanti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Projek Siap Sistem Solar Hibrid di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Bangkit, Katibas, Song hari ini.

Menurut Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit, Lidam merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan Industri dan Keusahawanan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) yang dipengerusikannya (Nanta).

Lidam memenangi kerusi Katibas pada PRN12 lalu dengan majoriti 2997 undi, menewaskan lima calon lain.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi berkunjung ke gedung tekstil Kamdar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.