Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lima maut, 10 cedera dalam  letupan di majlis perkahwinan di barat laut Pakistan
  • GLOBAL

Lima maut, 10 cedera dalam  letupan di majlis perkahwinan di barat laut Pakistan

Utusan Sarawak 7 hours ago
PARA tetamu dilaporkan sedang menari ketika serangan itu berlaku, kata polis. Foto Agensi

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya lima maut manakala 10 lagi cedera dalam satu serangan bom bunuh diri pada majlis perkahwinan di Daerah Dera Ismail Khan, Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan polis.

Pegawai Polis Daerah, Sajjad Ahmad Sahibzada berkata penyerang nekad itu meletupkan jaket berisi bahan letupan di sebuah rumah di kawasan Qureshi Mor, ketika tetamu sedang menghadiri majlis perkahwinan dan menyaksikan persembahan muzik.

Beliau melahirkan kebimbangan bahawa angka kematian mungkin meningkat memandangkan beberapa mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal.

Setakat ini, belum ada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak 12 tahun maut digigit jerung di Australia
Next: Lapan maut, 82 dikhuatiri hilang dalam kejadian tanah runtuh di Bandung Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.