Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak perkukuh kerjasama awam-swasta pacu perdagangan digital, jualan TikTok Shop hampir RM12 juta
  • BISNES

Sarawak perkukuh kerjasama awam-swasta pacu perdagangan digital, jualan TikTok Shop hampir RM12 juta

Utusan Sarawak 8 hours ago
UCAPAN… Dato Sri Mohd Naroden Majais menyampaikan ucapan perasmian Karnival TikTok Shop Sarawak Digital Mall Pesta Lokal bagi pihak Premier Sarawak.

KUCHING: Sarawak terus memperkukuh kerjasama awam-swasta bagi memperkasakan ekosistem perdagangan digital negeri susulan pencapaian hampir RM12 juta jualan dalam talian menerusi platform TikTok Shop sepanjang tahun 2025 hasil inisiatif Sarawak Digital Mall (SDM) yang diterajui oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC).

Pencapaian tersebut dikongsikan sempena Majlis Pelancaran Sarawak Digital Mall Pesta Lokal yang berlangsung di Tebingan Sungai Kuching dan disempurnakan oleh Penasihat (PKS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Dato Sri Mohd Naroden Majais, bagi pihak Premier Sarawak.

SAKSI… Dato Sri Mohd Naroden Majais menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan TikTok Shop Malaysia.

Majlis itu turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum Perjanjian (MoA) dan Perjanjian Perkongsian Strategik (SPA) antara SDEC dan rakan ekosistem strategik termasuk TikTok Shop Malaysia, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) serta Rangkaian Pembayaran Malaysia (PayNet).

Menurut Naroden, pencapaian berkenaan selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan pembangunan ekosistem digital mampan melalui kerjasama berterusan dan tersusun antara sektor awam dan swasta.

DATO Sri Mohd Naroden Majais menyaksikan pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara Sarawak Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

“Inisiatif Sarawak Digital Mall membuktikan bagaimana kerjasama bersepadu antara agensi kerajaan, platform digital dan pemain ekosistem mampu menterjemahkan keupayaan digital kepada hasil ekonomi yang nyata untuk perniagaan Sarawak,” katanya.

Sepanjang 2025, inisiatif SDM telah menjana lebih 250,000 pesanan melalui 10,000 jam penstriman langsung, manakala bagi tempoh 2022 hingga 2025, jualan mencatat pertumbuhan sebanyak 132 peratus dan peningkatan pesanan sebanyak 152 peratus.

DATO Sri Mohd Naroden Majais menyaksikan pertukaran Perjanjian Perkongsian Strategik antara Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Rangkaian Pembayaran Malaysia (PayNet).

Melalui program itu, lebih 350 usahawan Sarawak berjaya menjadi penjual dalam talian aktif daripada lebih 1,600 penjual yang telah dilatih sejak 2024, dengan kebanyakannya merupakan peserta kali pertama dalam perdagangan digital dan menerima sokongan Pakej Rangsangan Penjual sehingga RM5,000.

Ketua Pegawai Teknologi SDEC, Ts. Hamadlan Hamdan berkata, pencapaian tersebut membuktikan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Sarawak untuk menukar kemahiran digital kepada nilai ekonomi yang boleh diukur apabila disokong oleh ekosistem yang dirangka dan diselaras dengan berkesan.

DATO Sri Mohd Naroden Majais bergambar bersama penerima Anugerah Usahawan Sarawak sempena Karnival TikTok Shop Sarawak Digital Mall Pesta Lokal.

Katanya, Sarawak akan terus memperkukuh kerjasama awam-swasta serta memperluaskan inisiatif pembangunan keupayaan bagi mengukuhkan ekosistem perdagangan digital negeri melalui agensi pelaksana seperti SDEC.

AHMAD Tamar dinobatkan sebagai Ikon Sarawak Digital Mall dengan penyampaian anugerah oleh Dato Sri Mohd Naroden Majais.
Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan FBM KLCI dijangka diniagakan tinggi minggu depan
Next: Shell LiveWIRE bukti komitmen perkasa usahawan, pacu inovasi negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.