Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Masyarakat diharap terus hargai karya, sumbangan P. Ramlee – Anwar
  • NASIONAL

Masyarakat diharap terus hargai karya, sumbangan P. Ramlee – Anwar

Utusan Sarawak 9 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Konsert Madu Tiga di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur 23 Januari 2026. Foto facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap masyarakat terus menghargai karya dan sumbangan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam industri hiburan negara.

Anwar berkata karya P. Ramlee bukan sahaja hiburan semata-mata, tetapi juga cerminan nilai, budaya dan identiti seni negara.

Beliau berkata P. Ramlee turut mengajar tentang pentingnya kreativiti dan dedikasi dalam berkarya selain memberikan inspirasi kepada semua.

“Malam tadi, saya berkesempatan menonton Konsert Live P. Ramlee ‘Madu Tiga’ di Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) hasil pimpinan konduktor hebat Ahmad Muriz Che Rose, bersama-sama pasukannya yang begitu berdedikasi dan profesionalisme dalam menyampaikan persembahan muzik yang begitu mengagumkan.

“Semoga generasi masa ini terus menghargai dan memelihara warisan seni ini serta mengenang sumbangan Allahyarham P. Ramlee dalam industri hiburan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Konsert Live P. Ramlee “Madu Tiga” yang berlangsung dua hari bermula semalam di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC menampilkan tayangan filem komedi klasik Madu Tiga diiringi persembahan muzik secara langsung.

Persembahan ini merupakan kali kedua MPO mengiringi tayangan filem tempatan secara langsung selepas tayangan OlaBola pada 2017.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan beri laluan penuh pihak berkuasa banteras rasuah, kegiatan haram e-waste
Next: Hentikan amalan kartel yang menindas rakyat – Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.