Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dijangka terus meningkat minggu depan
  • BISNES

Bursa Malaysia dijangka terus meningkat minggu depan

Utusan Sarawak 8 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh minat belian yang stabil dan sentimen yang mengukuh secara keseluruhannya.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pada paras semasa, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bergerak ke arah paras indeks yang penting, dengan paras tertinggi sebelum ini pada 1,721.42 dicatatkan pada 22 Februari 2019.

Semalam, indeks petunjuk pasaran mencecah 1,719.99, hampir dengan paras 1,720.

“Kami berpendapat melepasi paras ini adalah penting berikutan ini akan menunjukkan gelombang momentum meningkat seterusnya dan berpotensi memberi laluan kepada kenaikan selanjutnya dalam pasaran lebih luas. 

“Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI diniagakan dalam julat 1,700 hingga 1,730 minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan  berkata Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam keadaan terkawal minggu depan, dengan hala tuju pasaran banyak dipengaruhi oleh petunjuk makro luaran berbanding pemangkin domestik.

“Perhatian pelabur akan tertumpu pada keputusan dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang akan datang walaupun jangkaan untuk sebarang perubahan dasar dalam masa terdekat kekal rendah.

“Data inflasi AS yang terkini adalah memenuhi jangkaan, menyokong pandangan bahawa tekanan inflasi semakin berkurangan,” katanya.

Pada peringkat serantau, katanya perhatian akan turut beralih kepada China, dengan data keuntungan perindustrian bagi Disember akan dikeluarkan.

Mohd Sedek berkata dengan minggu depan merupakan berakhirnya bulan dagangan Januari dan FBM KLCI dijangka ditutup melebihi paras 1,730, ia akan menjadi paras bulanan tertinggi sejak 2018.

“Dalam masa terdekat, indeks dijangka melepasi julat 1,730 hingga 1,740 dan kami melihatnya sebagai kenaikan sederhana,” katanya, sambil menambah aktiviti dagangan dijangka kekal berhati-hati.

Bursa Malaysia diniagakan rendah pada awal minggu ini sebelum meningkat semula pada akhir minggu ini berikutan sentimen yang positif mengenai Kadar Dasar Semalaman, ketidaktentuan geopolitik yang mereda dan ringgit yang mengukuh.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI naik 7.25 mata kepada 1,719.99 daripada 1,712.74 pada minggu sebelumnya.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 15.51 mata kepada 12,660.54, Indeks FBMT 100 meningkat 19.08 mata kepada 12,455.80 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 6.83 mata kepada 12,309.65 manakala Indeks FBM 70 berkurangan 123.39 mata kepada 17,562.22 dan Indeks FBM ACE merosot 68.38 mata kepada 4,905.05.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 77.36 mata kepada 20,803.17, Indeks Perladangan meningkat 2.67 mata kepada 8,369.77 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.42 mata kepada 176.49 manakala Indeks Tenaga merosot 14.67 mata kepada 769.38. 

Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 15.10 bilion unit bernilai RM15.66 bilion daripada 15.97 bilion unit bernilai RM15.88 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 8.15 bilion unit bernilai RM14.27 bilion daripada 8.37 bilion unit bernilai RM14.24 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan waran menurun kepada 4.34 bilion unit bernilai RM529.99 juta daripada 5.01 bilion unit bernilai RM697.01 juta minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 2.60 bilion unit bernilai RM847.79 juta daripada 2.58 bilion unit bernilai RM932.35 juta minggu lepas.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit diunjur lebih tinggi minggu depan, sasar lepasi semua paras 4.00
Next: Niaga hadapan FBM KLCI dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.