Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Sarawak terus tingkat usaha banteras dadah
  • JENAYAH

Polis Sarawak terus tingkat usaha banteras dadah

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATUK Mohamad Zainal Abdullah, pada Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Padang Kawad IPK Sarawak, hari ini.

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak akan terus meningkatkan usaha membanteras jenayah dadah susulan peningkatan ketara Kesalahan-Kesalahan Khas (KKK) Dadah yang direkodkan pada tahun lalu berbanding 2024.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Zainal Abdullah, berkata perkara itu telah dinyatakan dalam ucapan beliau semasa Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak sebelum ini.

“Untuk KKK dadah, seperti dalam ucapan saya tadi, terdapat peningkatan yang begitu ketara pada tahun lepas berbanding 2024. Tahun ini kita akan terus meningkatkan usaha kita untuk membanteras jenayah dadah ini,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

Menurut beliau, pihak polis telah membuka fail terhadap kumpulan tertentu untuk tindakan lanjut.

“Ada kumpulan tertentu telah kita buka fail untuk tindakan. Bukan sahaja aktiviti dadah, lain-lain aktiviti haram yang melanggar undang-undang juga telah kita kenal pasti dan sedang diambil tindakan,” katanya.

Mengulas sama ada terdapat kumpulan atau aktiviti dadah berskala besar, beliau memaklumkan bahawa perkara tersebut masih dalam tindakan pihak polis.

“Dalam pengetahuan kita, masih dalam tindakan kita,” katanya.

Terdahulu, PDRM Kontinjen Sarawak merekodkan peningkatan ketara tangkapan dadah sepanjang tahun 2025 apabila Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mencatatkan sebanyak 13,198 tangkapan, meningkat 27 peratus berbanding 10,396 tangkapan pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah tersebut, seramai 644 individu merupakan pengedar dadah, 2,415 memiliki dadah manakala 10,139 lagi dikenal pasti sebagai pengguna.

Dalam ucapannya pada Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak Bulan Januari 2026 di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, beliau turut memaklumkan bahawa jenayah indeks di Sarawak menurun lapan peratus pada 2025 berbanding tahun sebelumnya, selain kejayaan meningkatkan sitaan harta pengedar dadah sebanyak 336 peratus bernilai RM17.9 juta.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes Sri Aman: Polis sahkan senjata hanya mempunyai DNA kedua-dua mangsa
Next: 18 kenderaan disita, termasuk empat kenderaan mewah di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.