MIRI : Penjaja kecilan disarankan buat permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) untuk meringankan urusan perniagaan ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 12 Mei depan.
Senator Alan Ling berkata demikian ketika dihubungi ketika giat mengedarkan sumbangan penutup hidung dan mulut di pasar Luak dan Morsjaya.
Katanya, dalam lawatan dan kerja pengedaran sumbangan bahawa beliau mendapati banyak gerai perniaga kecil-kecilan ditutup ekoran PKP ini.
“Gerai yang ditutup sepanjang PKP ini menjejaskan perniagaan mereka ekoran kurang pelanggan dan masalah mendapatkan bekalan.
“Justeru, peniaga digalakkan untuk mendapatkan BKSS yang disediakan di bawah geran BKSS yang sejumlah RM1,500 untuk meringankan bebanan dan mengekalkan perniagaan mereka,” jelasnya.
Tambahnya, peniaga yang tidak mempunyai lesen atau permit adalah dinasihatkan untuk mendaftar dengan pihak berkuasa tempatan.
Sehubungan itu, peniaga yang mempunyai lesen perniagaan atau permit bahawa mereka akan menerima bantuan melalui Akaun Sarawak Pay atau Bank Simpanan Nasional (BSN).
Justeru itu, Parti Tindakan Demokratik (DAP) Miri merayu Kerajaan Sarawak supaya Pihak Berkuasa Tempatan mempertimbangkan dan membuat pengecualian sewa gerai penjaja sekurang-kurangnya enam bulan bagi meringankan bebanan peniaga semasa PKP.