Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Fasih Mandarin, pelakon Razzuan Rosli pikat pelbagai bangsa ke gerai niaganya
  • HIBURAN

Fasih Mandarin, pelakon Razzuan Rosli pikat pelbagai bangsa ke gerai niaganya

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEPETAHAN pelakon dan penyanyi Razzuan Rosli bertutur dalam bahasa Mandarin ketika berniaga jus avokado dan delima di pasar malam di sini, mencuri perhatian ramai, terutama pengguna TikTok, selepas beberapa klip videonya tular dengan jutaan tontonan. Sinonim dengan watak antagonis, artis berusia 35 tahun itu berkata beliau memuat naik video-video tersebut sebagai kandungan biasa tanpa sebarang perancangan atau jangkaan. Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Kepetahan pelakon dan penyanyi Razzuan Rosli bertutur dalam bahasa Mandarin ketika berniaga jus avokado dan delima di pasar malam di sini, mencuri perhatian ramai, terutama pengguna TikTok, selepas beberapa klip videonya tular dengan jutaan tontonan.  

Sinonim dengan watak antagonis, artis berusia 35 tahun itu berkata beliau memuat naik video-video tersebut sebagai kandungan biasa tanpa sebarang perancangan atau jangkaan.

“Semuanya berlaku secara tak sengaja. Saya buat satu video bercakap Mandarin dengan pelanggan Cina dan tiba-tiba ia tular. Selepas itu ramai orang datang ke gerai, bukan sahaja masyarakat Cina, tetapi juga Melayu dan India, jadi saya anggap ini satu rahmat dan rezeki buat saya,” katanya ketika ditemui Bernama di pasar malam Johor Jaya, baru-baru ini.

RAZZUAN Rosli, 35, bercakap ketika ditemui Bernama baru-baru ini di pasar malam Johor Jaya. Kepetahan pelakon dan penyanyi Razzuan bertutur dalam bahasa Mandarin ketika berniaga jus avokado dan delima di pasar malam di sini, mencuri perhatian ramai, terutama pengguna TikTok, selepas beberapa klip videonya tular dengan jutaan tontonan. Sinonim dengan watak antagonis, artis berusia 35 tahun itu berkata beliau memuat naik video-video tersebut sebagai kandungan biasa tanpa sebarang perancangan atau jangkaan. Foto BERNAMA

Bercerita lanjut, Razzuan yang mencipta nama menerusi drama Tujuh Hari Mencintaimu 2 itu, berkata beliau fasih dalam bahasa Mandarin kerana mendapat pendidikan awal di sekolah jenis kebangsaan Cina selain dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang menitikberatkan penguasaan pelbagai bahasa.

 “Sudah lama saya tidak bertutur dalam bahasa Cina, namun pasar malam ini menjadi ruang untuk saya belajar semula, menggilap serta meneroka lebih banyak perkataan kerana majoriti pelanggan di sini adalah masyarakat Cina,” jelasnya.

Menurutnya, kebolehannya berbahasa Mandarin turut diterima positif oleh masyarakat Tionghua dengan ada antara mereka yang menjadi pelanggan tetap sebagai tanda sokongan.

“Orang Melayu ada yang fasih berbahasa Tamil dan Cina, dan orang Cina juga ramai yang petah berbahasa Melayu. Bezanya cuma tahap kefasihan.

“Seperti masyarakat Melayu yang berasa gembira apabila mendengar bangsa lain fasih berbahasa Melayu, mereka (orang Cina) juga berasa dihargai apabila saya bertutur dalam bahasa mereka. Hubungan jadi lebih dekat dan suasana berniaga pun lebih mesra,” katanya.

RAZZUAN Rosli, 35, (kanan) yang fasih berbahasa Mandarin menyantuni pelanggannya yang datang membeli jus avokado ketika ditemui Bernama di pasar malam Johor Jaya, baru-baru ini. Sinonim dengan watak antagonis, artis berusia 35 tahun itu berkata beliau memuat naik video-video tersebut sebagai kandungan biasa tanpa sebarang perancangan atau jangkaan. Foto BERNAMA

Menurut beliau lagi, kesan tular itu juga menyaksikan perniagaan yang diusahakan oleh ayahnya sejak 15 tahun lalu menerima sambutan amat memberangsangkan dengan jumlah jualan meningkat hampir dua kali ganda.

Razzuan yang mula bergelar pelakon menerusi program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) menyifatkan perkembangan itu sebagai aturan rezeki, selain berharap turut membuka ruang untuknya meneroka drama Cina.

“Saya memang akan terus berlakon dan takkan berhenti. Saya harap mana-mana penerbit atau pengarah yang ternampak video TikTok ini boleh nampak potensi saya. Kalau dapat berlakon drama Cina, itu satu pengalaman baharu dan peluang untuk saya kembangkan bakat serta capai penonton yang berbeza,” kata pelantun lagu Akur itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Selepas 4 dekad, Fauziah Latiff bakal ubati kerinduan peminat dengan konsert solo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.