Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kemas kini: Kebakaran bengkel kereta, dua unit kedai terbakar di Jalan Kwong Lee Bank
  • KEBAKARAN

Kemas kini: Kebakaran bengkel kereta, dua unit kedai terbakar di Jalan Kwong Lee Bank

Utusan Sarawak 15 hours ago
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menjalankan operasi pemadaman kebakaran melibatkan sebuah bengkel kereta di Joo Huat Hin Co., Jalan Kwong Lee Bank, malam ini.

KUCHING: Dua unit kedai yang menempatkan bengkel kereta di Joo Huat Hin Co., Jalan Kwong Lee Bank di sini, musnah sebahagiannya dalam satu kebakaran yang berlaku malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.27 malam, sebelum jentera pertama tiba di lokasi sekitar tujuh minit kemudian, pada 7.34 malam, dengan jarak perjalanan sekitar tiga kilometer.

Komander Operasi, PBK I Philip Dugat, memaklumkan kebakaran melibatkan dua unit kedai berstruktur kekal dengan anggaran keluasan 20 x 60 kaki persegi. Dalam kejadian tersebut, kedai pertama terbakar sekitar 60 peratus, manakala kedai kedua sekitar 30 peratus.

“Kebakaran turut memusnahkan dua kenderaan sepenuhnya, selain dua kenderaan mengalami kerosakan sekitar 10 peratus dan sebuah forklift turut terbakar 10 peratus. Bagaimanapun, dua kenderaan berjaya diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Tambahnya, operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan dua aliran Salur Bantu Mula (SBM) dan satu aliran hos sepanjang 200 kaki dengan satu nozel, manakala sumber air diperoleh daripada pili bomba berhampiran.

Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada 8.29 malam dan ditamatkan pada 9.06 malam, selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya kebakaran berulang. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dengan bantuan BBP Tabuan Jaya terlibat dalam operasi itu, membabitkan dua jentera FRT dan sebuah EMRS. Turut membantu di lokasi ialah empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Kebakaran dua unit kedai di Jalan Kwong Lee Bank, tiada mangsa dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.