Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi naik 2 sen, diesel kekal RM2.15
  • BISNES

Harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi naik 2 sen, diesel kekal RM2.15

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara meningkat dua sen masing-masing kepada RM3.10 dan RM2.54 seliter bagi tempoh 22-28 Januari 2026.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Semenanjung Malaysia juga dinaikkan empat sen kepada RM2.88 seliter bagi tempoh sama manakala Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah, diperngaruhi ketegangan geopolitik
Next: Harga emas global cecah paras tertinggi, lonjakkan niaga hadapan emas di Bursa Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.