Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba berjaya tangkap ular dalam rumah di Jalan Janting Utara
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba berjaya tangkap ular dalam rumah di Jalan Janting Utara

Utusan Sarawak 5 hours ago
ULAR berjaya ditangkap oleh amggota bomba pada petang semalam. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Tindakan pantas bomba berjaya menangkap seekor ular yang berada di dalam sebuah rumah di Jalan Janting Utara, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.59 petang.

“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bomba bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular masih berada di dalam rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, ular berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut ular.

“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 11 minit.

“Khidmat khas selesai sepenuhnya pada 5.13 petang dan ular telah dilepaskan semula ke habitat asal,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dewan SK Mador miliki sistem pendawaian baharu hasil projek RTP
Next: Lebih 2.5 tan durian rampasan dilupus di ICQS Merapok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.