Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MA63 bukan sekadar sejarah, asas perpaduan negara
  • SEMASA

MA63 bukan sekadar sejarah, asas perpaduan negara

Utusan Sarawak 3 hours ago
PENGERUSI Persatuan Kedayan Miri, Mohamad Abdullah Jamin.

MIRI: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan sekadar dokumen sejarah, sebaliknya merupakan asas perpaduan dan kontrak sosial yang wajib dihormati serta dilaksanakan dengan penuh keikhlasan oleh semua pihak, kata Pengerusi Persatuan Kedayan Miri, Mohamad Abdullah Jamin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang mengingatkan semua pihak agar kembali berpegang kepada niat asal pembentukan Malaysia seperti termaktub dalam MA63.

Menurutnya, titah Baginda mencerminkan keprihatinan terhadap prinsip keadilan, kesaksamaan serta penghormatan terhadap hak-hak negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang telah dipersetujui semasa pembentukan Persekutuan Malaysia.

“Sebagai sebuah persatuan masyarakat di Sarawak, Persatuan Kedayan Miri menyambut baik dan menjunjung kasih atas peringatan tegas Baginda.

“Ia wajar dijadikan panduan kepada semua pihak, khususnya Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, dalam merealisasikan tuntutan MA63 secara menyeluruh,” katanya kepada Utusan Sarawak.

Beliau menegaskan, pelaksanaan MA63 yang konsisten dan berintegriti amat penting demi kesejahteraan rakyat serta untuk memperkukuh perpaduan Persekutuan Malaysia.

Tambahnya, dengan berpegang kepada semangat asal MA63, Malaysia diyakini akan terus kekal sebagai sebuah negara yang adil, bersatu dan dihormati.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MA63, rakyat sokong dialog berhemah, tolak retorik melampau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.