Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek Jambatan Batang Saribas 2 capai 80.5 peratus, dijangka dibuka November ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek Jambatan Batang Saribas 2 capai 80.5 peratus, dijangka dibuka November ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Jambatan Batang Saribas 2, hari ini. Foto: JKR Sarawak

PUSA: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Jambatan Batang Saribas 2 bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek berimpak tinggi itu yang kini mencapai 80.50 peratus siap.

Lawatan berkenaan bertujuan memastikan pembinaan jambatan strategik tersebut berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan serta mematuhi spesifikasi teknikal dan piawaian keselamatan yang telah ditentukan.

Ia juga menjadi platform pemantauan berterusan bagi menjamin kualiti pelaksanaan di peringkat tapak.

Dalam sesi tersebut, Uggah telah diberikan taklimat oleh pihak pelaksana projek berhubung status semasa kerja pembinaan, cabaran teknikal yang dihadapi serta perancangan baki kerja sehingga projek siap sepenuhnya.

Beliau menegaskan kepentingan penyelarasan rapi antara semua pihak terlibat agar sebarang isu dapat ditangani dengan pantas.

KEMAJUAN pembinaan Jambatan Batang Saribas 2 di Pusa yang telah mencapai 80.50 peratus siap. Foto JKR Sarawak

Menurut beliau, projek Jambatan Batang Saribas 2 merupakan infrastruktur penting yang akan meningkatkan tahap kesalinghubungan di kawasan terlibat, sekali gus memendekkan masa perjalanan serta memperkukuh rangkaian pengangkutan darat di Sarawak.

Jambatan berkenaan dijangka dibuka kepada laluan trafik pada November tahun ini dan bakal menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi setempat, termasuk merancakkan aktiviti perdagangan, perkhidmatan serta mobiliti penduduk.

Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak terus komited memastikan projek ini dilaksanakan secara cekap, berkualiti dan menepati sasaran, selaras dengan agenda pembangunan negeri serta aspirasi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak laksana Ops Khas Kenderaan Perdagangan di Kuching
Next: Usaha sifar sisa di Bintulu dipacu kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu dan UPM Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.