Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BDA arah tutup dua premis makanan, tahap kebersihan tidak memuaskan
  • Utara
  • WILAYAH

BDA arah tutup dua premis makanan, tahap kebersihan tidak memuaskan

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEADAAN persekitaran dan kawasan dapur premis makanan di sekitar Bintulu yang didapati kotor serta tidak disanitasi dengan sempurna hasil pemeriksaan Penguatkuasa Kesihatan BDA. Foto BDA

BINTULU: Dua premis makanan di sini diarahkan tutup selama 14 hari oleh Penguatkuasa Kesihatan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihan premis terbabit berada pada tahap sangat tidak memuaskan.

Menurut BDA, pemeriksaan yang dijalankan oleh Seksyen Kesihatan Awam dan Environmen (PHE) semalam mendapati kedua-dua premis yang terletak di Parkcity Commercial Square dan Pusat Komersial Sungai Plan berada dalam keadaan kotor serta tidak mematuhi piawaian kebersihan ditetapkan.

Katanya, pemeriksaan turut menemukan najis tikus serta kehadiran tikus hidup di dalam kawasan premis, yang boleh mendatangkan risiko serius terhadap kesihatan dan keselamatan pengguna.

“Sehubungan itu, tindakan penutupan premis selama 14 hari telah diambil bermula 19 Januari hingga 1 Februari bagi membolehkan kerja pembersihan dan sanitasi menyeluruh dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut BDA, pengusaha premis diarahkan melaksanakan pembersihan secara menyeluruh sepanjang tempoh penutupan dan hanya dibenarkan beroperasi semula selepas lulus pemeriksaan serta mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

BDA memaklumkan pemeriksaan berkala akan terus dijalankan dari semasa ke semasa ke atas semua premis makanan di sekitar Bintulu bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan garis panduan kesihatan awam.

Sehubungan itu, semua pengusaha makanan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan premis, peralatan serta persekitaran dapur demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh pembangunan keusahawanan luar bandar, PIBU Beluru ke-25 dirasmikan
Next: Keselamatan elektrik sekolah jadi fokus projek RTP Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.