Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pengunjung cedera terpijak papan reput di Jambatan Gantung Miri
  • KEMALANGAN

Pengunjung cedera terpijak papan reput di Jambatan Gantung Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
REPUT…Pihak berkuasa digesa segera menjalankan kerja pembaikan serta pemeriksaan menyeluruh terhadap semua lantai rumah transit dan struktur kayu berkaitan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

MIRI: Seorang pengunjung cedera selepas terpijak papan lantai yang reput di rumah transit Jambatan Gantung Taman Awam Miri dalam satu kejadian pada 18 Januari lalu.

Menurut perkongsian di media sosial oleh Jeong Kam, beliau bersama beberapa rakan dari Labuan sedang bersiar-siar di taman tersebut sebelum kejadian berlaku di rumah transit pertama jambatan gantung berkenaan.

Ketika rakan beliau berdiri di atas lantai kayu, papan tersebut tiba-tiba pecah menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan teruk pada bahagian kaki.

SEBAHAGIAN papan yang pecah.

“Mujur tiada tulang yang patah, namun kecederaan agak serius dan mangsa terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Mosjaya,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa kesal kerana sebelum kejadian, beliau memuji usaha Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam menambah baik kemudahan rekreasi di taman tersebut yang menjadi lokasi popular penduduk tempatan dan pelancong.

Sehubungan itu, beliau menggesa MBM supaya segera menjalankan kerja pembaikan serta pemeriksaan menyeluruh terhadap semua lantai rumah transit dan struktur kayu berkaitan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Bayangkan jika yang terjatuh itu adalah kanak-kanak kecil, keadaannya pasti lebih buruk dan membahayakan nyawa,” katanya.

Insiden ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai terhadap tahap keselamatan kemudahan awam di Taman Awam Miri, sekali gus menimbulkan desakan agar pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera demi keselamatan pengunjung serta imej pelancongan bandar raya ini.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mayat kedua ditemukan dalam pencarian Pesawat IAT ATR 42-500

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.