Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta terbakar 90 peratus di Jalan Tai Shin Jar, Hui Sing
  • KEBAKARAN

Kereta terbakar 90 peratus di Jalan Tai Shin Jar, Hui Sing

Utusan Sarawak 3 hours ago
KEADAAN sebuah kereta yang musnah hampir sepenuhnya selepas terbakar di bahu Jalan Tai Shin Jar, Hui Sing, Kuching, malam ini. FOTO JBPM

KUCHING: Sebuah kereta musnah sekitar 90 peratus dalam satu kejadian kebakaran di bahu Jalan Tai Shin Jar, Hui Sing di sini, malam ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.26 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang digerakkan ke lokasi kejadian.

Jentera bomba tiba di lokasi pada 10.29 malam dengan jarak sekitar tiga kilometer dari balai, dan mendapati sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan sedang terbakar.

Komander Operasi, PBK I Gajau Jemat berkata, pasukan bomba bertindak pantas menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 10.33 malam dan operasi ditamatkan sekitar 10 minit kemudian setelah keadaan disahkan selamat serta terkawal,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, seramai lapan anggota terlibat dalam operasi tersebut dengan kekuatan sebuah jentera FRT.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Kebakaran kecil Tokong Cina di Kampung Hilir Lubok Antu berjaya dikawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.