Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Rumah Vincent menikmati bekalan elektrik baharu
  • WILAYAH

Penduduk Rumah Vincent menikmati bekalan elektrik baharu

Utusan Sarawak 7 hours ago
KENANGAN… ADUN Mulu,Datuk Gerawat Gala bergambar bersama penduduk di Rumah Vincent, Tanjung Upar.

BARAM: Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala, berkata kejayaan pelaksanaan bekalan elektrik di Rumah Vincent, Tanjung Upar, merupakan antara inisiatif utama kerajaan dalam memperkasa pembangunan luar bandar.

Katanya, dengan adanya bekalan elektrik melalui Skim Elektrifikasi Luar Bandar (RES) ini, penduduk rumah panjang seperti Rumah Vincent, Rumah Jipun, Rumah Philip dan Rumah Munggang kini berpeluang menikmati kemudahan asas yang lebih selesa.

Menerusi perkongsian dalam aplikasi WhatsApp, beliau menegaskan bahawa kerajaan Sarawak sentiasa memberi keutamaan kepada pembangunan infrastruktur asas luar bandar, termasuk bekalan elektrik, air bersih, jalan perhubungan dan kemudahan digital.

“Pelaksanaan projek RES di kawasan Tanjung Upar menelan belanja sebanyak RM7.1 juta. Projek ini mencerminkan kesungguhan kerajaan bagi memastikan pembangunan yang inklusif dan tidak meminggirkan mana-mana komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Kemudahan Elektrik Baharu di Rumah Vincent, Tanjung Upar, baru-baru ini.

KENANGAN… ADUN Mulu,Datuk Gerawat Gala bergambar bersama penduduk di Rumah Vincent, Tanjung Upar.

Beliau juga ingin merakamkan penghargaan kepada Sarawak Energy (SEB) dan semua pihak yang terlibat, yang telah bekerja keras menjayakan projek ini walaupun berdepan pelbagai cabaran dari segi geografi dan logistik.

Dalam pada itu, Gerawat berharap penduduk Tanjung Upar dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan bekalan elektrik ini secara berhemah dan bertanggungjawab.

“Jadikanlah kemudahan ini sebagai asas untuk memperkembangkan aktiviti ekonomi kecil, keusahawanan, serta meningkatkan kualiti kehidupan seharian, khususnya bagi generasi muda,” tambah beliau.

Katanya, kerajaan akan terus menilai keperluan dan merancang penambahbaikan dari semasa ke semasa agar manfaat pembangunan dirasai secara berterusan.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SK Ulu Binatang terima kemudahan baharu bernilai lebih kurang RM3.29 juta
Next: Wilfred Yap serah Projek RTP 2024 Fasa Dua di Kampung Lubok Buan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.