Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau keadaan paras air di feri Sungai Nyelong
  • WILAYAH

Bomba pantau keadaan paras air di feri Sungai Nyelong

Utusan Sarawak 6 hours ago
RONDAAN pemantauan di kawasan feri lama Sungai Nyelong oleh anggota bomba pada tengah malam tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Dua orang anggota bomba telah menjalankan rondaan pemantauan di kawasan feri lama Sungai Nyelong, Jalan Nyelong Bypass bagi memantau keadaan paras air sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata rondaan yang bermula pada 12.35 tengah malam tersebut dilaksanakan sebagai langkah kesiapsiagaan bagi menilai situasi di kawasan yang dikenal pasti berisiko banjir.

“Sepanjang pemantauan dijalankan, didapati keadaan paras air menunjukkan trend surut.

“Ia juga berada dalam keadaan terkawal, manakala cuaca di lokasi adalah baik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pihaknya sentiasa memberi perhatian di kawasan tersebut berikutan kedudukannya berhampiran sungai.

“Semasa rondaan pemantauan dijalankan, pihak kami tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berkaitan banjir atau insiden lain di lokasi tersebut.

“Rondaan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan sebarang perubahan paras air dapat dikesan lebih awal dan tindakan segera dapat diambil sekiranya diperlukan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita PBB Bukit Saban anjur Kursus Pengendalian Makanan di Spaoh
Next: BBP Bintangor periksa 21 unit pili bomba, dua dikesan rosak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.