Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Malaysia: Penang FC curi kemenangan tipis ke atas Kuching City FC
  • SUKAN

Piala Malaysia: Penang FC curi kemenangan tipis ke atas Kuching City FC

Utusan Sarawak 16 hours ago
SUKAN… Penang FC membawa bekalan tipis tetapi penting selepas menewaskan Kuching City FC 1-0 pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2025/2026 di Stadium Bandaraya, petang tadi. Foto Kuching City FC

KUALA LUMPUR: Penang FC membawa bekalan tipis tetapi penting selepas menewaskan Kuching City FC 1-0 pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2025/2026 di Stadium Bandaraya, petang tadi.

Pemain import baharu dari Brazil, Douglas Coutinho Gomes de Souza, muncul wira Harimau Kumbang apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-40, sekali gus menghadiahkan kemenangan dalam penampilan sulungnya bersama pasukan itu.

Kuching City FC cuba bangkit menyamakan kedudukan menerusi beberapa percubaan berbahaya oleh Yuki Tanigawa dan Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, namun ketumpulan penyudah serta pertahanan ampuh tuan rumah menafikan hasrat pelawat.

Penang FC hampir menggandakan kelebihan pada masa kecederaan menerusi penyerang gantian Dylan Wenzel-Halls, namun jaringan tersebut dibatalkan selepas didapati berada dalam kedudukan ofsaid.

Sementara itu, juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan aksi luar biasa apabila membelasah PDRM FC 10-1 pada perlawanan pertama pusingan 16 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Pemain sayap Teto Martin mencuri tumpuan selepas meledak hatrik berganda, bermula dengan jaringan pembukaan seawal minit kedua sebelum menambah gol kedua lima minit kemudian untuk meletakkan JDT mendahului 2-0.

Nazmi Faiz Mansor menambah jaringan ketiga pada minit ke-48 sebelum Martin melengkapkan hatriknya dua minit kemudian. PDRM meraih gol saguhati menerusi Mohamad Imran Samso pada minit ke-60, namun JDT terus mengganas dengan Martin menambah tiga lagi gol.

Dua jaringan oleh Marcos Guilherme serta satu gol daripada Manuel Hidalgo melengkapkan kemenangan besar Harimau Selatan, sekali gus meletakkan mereka di landasan terbaik untuk mara ke suku akhir menjelang aksi timbal balik di venue sama, Sabtu depan.

Dalam pada itu, Juara Piala Malaysia 2018, Perak membawa kelebihan dua gol menjelang aksi timbal balik selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 2-0 pada pertemuan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila pemain tengah Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-10.

Jaringan itu nyata memberi kesan kepada pasukan pelawat yang kelihatan kehilangan rentak setiap kali menyerang melalui penyerang mereka, Kpah Sherman, namun benteng pertahanan Perak berjaya menahan asakan tersebut.

Babak kedua menyaksikan Perak terus meningkatkan tempo permainan dan berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-54 melalui Muhammad Fadhil Mohammad Azmi.

Tersentak dengan jaringan kedua itu,  pengendali The City Boys, Risto Vidakovic memasukkan Paulo Josue bagi menajamkan jentera serangan, namun kedudukan kekal untuk anak buah Syamsul Mohd Saad membawa bekalan dua gol pada aksi kedua di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras 25 Jan depan.

– Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Salah gagal sempurnakan penalti
Next: Sukan Para ASEAN 2025: Malaysia kini sasar 55 emas rekod baharu di Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.