Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komuniti MADANI Kampung Pemindahan Marudi meriahkan Hari Keluarga dengan aktiviti boling
  • WILAYAH

Komuniti MADANI Kampung Pemindahan Marudi meriahkan Hari Keluarga dengan aktiviti boling

Utusan Sarawak 7 hours ago
AHLI komuniti MADANI Kampung Pemindahan Marudi meraikan Hari Keluarga dengan mengadakan permainan boling di Megalanes East Miri, semalam.

MARUDI: Hari Keluarga Komuniti MADANI Kampung Pemindahan Marudi diisi dengan aktiviti permainan boling di Megalanes East Miri, semalam.

Seramai 12 ahli komuniti, iaitu enam wanita dan enam lelaki, memeriahkan suasana Hari Keluarga meskipun diraikan secara sederhana tetapi tetap meriah.

Walaupun kebanyakan ahli komuniti pertama kali mencuba permainan boling, semangat dan keberanian mereka membuahkan hasil apabila mereka berjaya melakukan balingan dengan baik dan sempurna.

TUNJUK BAKAT walaupun balingan boling kadangkala tersasar, semangat untuk mencuba tetap diteruskan.

Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Pemindahan Marudi, Hajijah Dollah berkata Hari Keluarga kali ini diadakan di Miri dengan aktiviti boling bagi memperkenalkan sukan tersebut kepada ahli-ahlinya.

Tambah beliau, Hari Keluarga juga bertujuan merapatkan ikatan silaturahim antara ahli komuniti dan beliau berharap lebih banyak aktiviti seumpama ini dapat dianjurkan pada masa akan datang.

Beliau turut berharap ahli komuniti dapat meneruskan kerjasama antara satu sama lain demi menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk Tanjung Upar nikmati bekalan elektrik 24 jam, impian jadi kenyataan
Next: KMKK DUN Kemena digalak pimpin komuniti ke arah kemajuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.