Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 75 pelajar di DUN Krian terima insentif pendidikan
  • Tengah
  • WILAYAH

75 pelajar di DUN Krian terima insentif pendidikan

Utusan Sarawak 5 hours ago
FRIDAY Belik (tengah) hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Insentif Pendidikan bagi kawasan DUN Krian yang berlangsung di Dewan Taman Seroja Indah Saratok, semalam. Foto: ADUN Krian

SARATOK: Pendidikan merupakan teras utama yang berupaya mengubah landskap kehidupan serta menentukan tahap kemajuan sesebuah komuniti pada masa hadapan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik.

Beliau berkata, pelaburan dalam bidang ilmu bukan sekadar menjamin kecemerlangan individu, malah menjadi pemacu kepada pembangunan masyarakat secara menyeluruh dan mampan.

Menurut Friday, tanpa pendidikan yang sempurna dan berterusan, sesebuah masyarakat akan berdepan kesukaran untuk bersaing dalam dunia yang semakin mencabar dan dinamik, khususnya dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi masa kini

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penyerahan Insentif Pendidikan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian yang berlangsung di Dewan Taman Seroja Indah Saratok, semalam.

IBU bapa dan wakil keluarga menerima Insentif Pendidikan DUN Krian bagi pihak pelajar yang melanjutkan pengajian. Foto: ADUN Krian

Pada majlis berkenaan, seramai 75 penerima dikenal pasti layak menerima Insentif Pendidikan DUN Krian. Bagaimanapun, memandangkan sebahagian besar pelajar telah berada di institusi pengajian masing-masing, kebanyakan sumbangan diterima oleh ibu bapa atau wakil keluarga.

Untuk rekod, Insentif Pendidikan DUN Krian mula diperkenalkan pada 2022 sebagai inisiatif khas bagi meringankan beban kewangan keluarga, khususnya di kawasan luar bandar, agar kekangan kewangan tidak menjadi penghalang kepada anak-anak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Friday turut melahirkan rasa syukur apabila jumlah penerima insentif tersebut menunjukkan peningkatan saban tahun, sekali gus memperlihatkan kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan tinggi yang semakin memberangsangkan, selaras dengan aspirasi pembangunan negeri Sarawak.

Beliau turut menggesa semua pihak agar terus berganding bahu memartabatkan pendidikan demi masa depan anak-anak dan generasi akan datang, selain mengucapkan tahniah kepada semua penerima dan berharap bantuan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya bagi keperluan pengajian.

Majlis tersebut turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Saratok, Awet Gapor; Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok, Beritin Empawie; Ketua Biro Pendidikan Parti Demokratik Progresif (PDP) DUN Krian, Duncan Luta; Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta ibu bapa dan penjaga penerima.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kontraktor digesa utamakan kualiti pembinaan projek kerajaan
Next: Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak bawa bekalan elektrik 24 jam kepada penduduk Tanjung Upar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.