Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: Bawang Merah Borneo jadi tumpuan, dipercayai bantu kesihatan
  • TEMPATAN

Eksklusif: Bawang Merah Borneo jadi tumpuan, dipercayai bantu kesihatan

Utusan Sarawak 6 hours ago
YANNI menunjukkan Bawang Merah Borneo yang jarang ditemui, herba tradisional yang dipercayai membantu kesihatan dan menjadi sandaran harapan ramai pengamal rawatan semula jadi.

BAU: Di celah hiruk-pikuk pasar dan langkah orang ramai yang mencari rezeki, seikat bawang merah kelihatan sederhana namun sarat dengan harapan khususnya mereka yang berikhtiar mencari alternatif semula jadi untuk menjaga kesihatan.

Turut dikenali sebagai Bawang Merah Borneo, Bawang Dayak atau turut digelar Bawang Mekah, herba tradisional yang jarang ditemui di pasaran dan ia kini menjadi tumpuan apabila dipercayai membantu mengawal kolesterol, asid urik dan diabetes.

Seorang peniaga yang hanya dikenali sebagai Yanni berkata, bawang tersebut semakin dicari kerana diamalkan sebagai minuman kesihatan tradisional, khususnya oleh mereka yang mencari ikhtiar semula jadi demi kesihatan diri dan dalam kalangan masyarakat yang mengamalkan rawatan tradisional.

“Biasanya bawang ini direbus dan airnya diminum. Ada yang datang semata-mata kerana sudah mencuba dan merasai kesannya dan ada juga yang datang membeli dengan harapan kesihatan mereka bertambah baik,” katanya ketika ditemu bual Utusan Sarawak di Pasar Serikin, hari ini.

Menurut Yanni, keistimewaan bawang merah berkenaan bukan sekadar pada khasiatnya, malah pada sifatnya yang masih hidup dan boleh ditanam semula.

“Kalau mahu tanam, buang daun yang sudah kering. Bawang ini tidak mati, ia akan tumbuh kembali,” ujarnya.

BAWANG Merah Borneo atau dikenali sebagai Bawang Dayak atau Bawang Mekah, herba tradisional yang dipercayai mempunyai pelbagai khasiat kesihatan dan kini mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.

Beliau menjelaskan, semua bawang adalah masih elok dan perbezaannya hanya terletak pada keadaan daun, sama ada masih segar atau telah kering dimakan masa.

Dari segi harga, ia dijual mengikut kuantiti dengan nilai yang masih mampu milik, bermula RM5 sehingga RM20 bagi kuantiti ikatan yang lebih besar, menjadikannya pilihan ramai walaupun sukar diperoleh.

Mengulas asal-usulnya, Yanni berkata bawang itu dikenali sebagai bawang Borneo, namun perjalanannya panjang dan merentas sempadan.

“Ia berasal dari Kalimantan, dihantar ke Jawa, kemudian dibawa semula ke Kalimantan sebelum sampai ke sini,” katanya.

Bagi sebahagian masyarakat, bawang merah Borneo bukan sekadar bahan herba, tetapi lambang kepercayaan, usaha dan doa.

Dalam setiap rebusan airnya, terselit harapan agar kesihatan kembali pulih dan kehidupan dapat diteruskan dengan lebih bermakna.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: JPJ Betong periksa 84 kenderaan dalam Ops Gempur, kesan pelbagai pelanggaran undang-undang
Next: Eksklusif: Santai tanpa sesak, Pantai Belawai kekal destinasi pilihan keluarga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.