Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DBKU sedia 108 tapak penjaja di tiga lokasi Bazar Ramadan
  • Selatan
  • WILAYAH

DBKU sedia 108 tapak penjaja di tiga lokasi Bazar Ramadan

Utusan Sarawak 6 hours ago
 PENGARAH DBKU, Ramzi Abdillah bercakap kepada media selepas majlis pelancaran, di Kuching hari ini. Foto Mohd Sharizam Hamzah

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah memulakan proses pemilihan dan jemputan kepada penjaja yang berminat untuk menyertai Bazar Ramadan tahun ini, dengan sebanyak 108 tapak disediakan di tiga lokasi berbeza, termasuk Bazar Satok dan Taman Sukma.

Pengarah DBKU, Ramzi Abdillah berkata, segala persediaan telah dilakukan di peringkat jabatan dan proses pengundian akan dijalankan secepat mungkin bagi melancarkan penganjuran bazar tersebut.

“Tahun ini, kita berharap penganjuran Bazar Ramadan dapat berjalan dengan lebih lancar dan berhemah untuk para penjaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kalendar Acara 2026 di Padang Merdeka Kuching, di sini hari ini.

BARISAN tetamu kehormat merasmikan program Kalendar Acara DBKU di Padang Merdeka, Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

Menurut beliau, sebanyak 108 tapak bazar disediakan di tiga lokasi Bazar Ramadan, iaitu di Bazar Satok, Taman Sukma, serta satu lagi lokasi yang telah dikenal pasti.

Tambahnya, Bazar Ramadan akan mula beroperasi pada hari pertama Ramadan, dan DBKU kini telah membuka serta melengkapkan persediaan bagi menerima penyertaan penjaja.

DBKU berharap penganjuran bazar ini dapat memberi peluang kepada penjaja menjana pendapatan, di samping menyediakan kemudahan kepada orang ramai mendapatkan juadah berbuka puasa.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Pagi Tanpa Kenderaan DBKU dirancang diperluas ke Petra Jaya
Next: Kontraktor digesa utamakan kualiti pembinaan projek kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.